.

Volvo Trucks anjur Program Pendidikan Teknikal

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 26 August 2015

Volvo Trucks (Volvo), yang beroperasi dibawa Volvo Malaysia mengumumkan kerjasama dengan TAFE College Seremban (TCS) untuk pelajar dibawah Program Pendidikan Teknikal (TEP) dalam objektif membantu membina kumpulan bakat teknikal yang lebih mahir bagi industri kenderaan perdagangan di Malaysia.

Volvo TEP -1

Merupakan kolaborasi pertama antara Volvo dan TCS, program ini telah dimulakan sejak Julai 2015 bertujuan berkongsi pengetahuan bertaraf dunia untuk pelajar tempatan, mengembangkan kumpulan tenaga mahir dan memenuhi permintaan perniagaan dan industri.

Dibawah program ini, Volvo akan menganjurkan sesi ‘Train the Trainer’ khusus untuk pensyarah TCS bagi membantu pensyarah mengajar pelajar tentang kenderaan perdagangan. Selain itu, Volvo turut akan mengadakan ceramah mengenai kemahiran dan pengetahuan teknikal sebagai persediaan pelajar menghadapi persekitaran kerja dan meningkatkan bilangan pekerja mahir.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson, “Volvo menyokong pembangunan bakat tempatan untuk industri. Melalui program ini, kami berperanan untuk menyediakan program yang dapat menyalurkan pengetahuan dan kemahiran latihan industri.”

Melalui kerjasama ini juga, penilaian jaminan kualiti berkala ke atas pensyarah melalui penganjuran kurus turut disediakan Volvo dalam memastikan standard kualiti setaraf global.