.

Toyota 3S di Rawang untuk kemudahan pelanggan

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 15 September 2015

UMW Toyotsu Motors dengan rasminya melancarkan pembukaan pusat 3S baharu yang dilengkapi kemudahan fasiliti lebih baik untuk memenuhi jumlah peningkatan pelanggan di bahagian Rawang.

Toyotsu 2

Pembukaan pusat 3S bersempena ulang tahun ke-10  syarikat berkenaan sebagai bukti komitmen dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dan komprehensif kepada pelanggan setianya di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pengedar Toyota terbaik di Malaysia.

Pusat 3S Toyota yang dibina di kawasan seluas 2.5 ekar tanah dengan keluasan bangunan 71,000 kaki persegi bersama kos RM34 juta ini dilengkapi ruang pameran untuk kapasiti lima kenderaan Toyota, ruang penyelenggaraan sehingga 75 kenderaan setiap hari, jualan alat ganti serta servis cat dan badan bersama kemudahan WiFi percuma.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jualan, perkhidmatan, kemudahan atau ingin membuat temujanji, sila hubungi UMW Toyotsu Motors Sdn Bhd, Rawang di talian 03-6092 8252, atau layari laman www.toyota.com.my.

 

 

 

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.