.

Tempahan Ford Mustang dibuka

POSTED BY Kaynis Chong ON 29 June 2015

Dijangka dilancarkan pada Disember nanti, Ford Mustang bagaimanapun kini sudah dibuka untuk tempahan pra-pelancarannya. Pelanggan yang berminat boleh berbuat demikian di semua bilik pameran Ford seluruh negara.

Dua versi dibuka untuk tempahan setakat ini; Mustang yang dilengkapi enjin turbo 2.3 liter EcoBoost yang ditawarkan pada harga sekitar RM435,000 hingga RM450,000 dan model fastback 5.0 liter V8 yang datang dengan tanda harga antara RM550,000 hingga RM565,000.

Dibangunkan di Amerika Syarikat, varian dengan enjin 2.3 lite EcoBoost dijangka menarik perhatian ramai dengan penghasilan kuasanya sehingga 310hp hanya dengan sebuah enjin yang relatifnya berkapasiti agak kecil.

Bagi versi 5.0 liter V8, kuasa yang mampu dijanakan adalah lebih besar; 435hp. Kedua-dua versi berkenaan dipadankan dengan sistem transmisi automatik 6-kelajuan.

2015 Mustang Media Drive in L.A.

Enam warna ditawarkan bagi Ford Mustang ini, iaitu; Oxford White, Shadow Black, Deep Impact Blue, Magnetic Grey, Race Red dan Triple Yellow Tri-Coat – yang terakhir hanya khusus bagi model 5.0 liter V8.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ford.com.my atau Facebook Ford Malaysia.

Diary READ MORE

Sorry, no posts matched your criteria.