.

Subaru Forester tS terhad 300

POSTED BY Gary Tay ON 28 November 2014

ts-5-1024x682

 

Ditawarkan dengan kelengkapan Subaru STi

 

Dengan pengurangan ketinggian sebanyak 15 milimeter dengan talaan suspensi sport, Subaru Forester tS diperkenalkan di Jepun tampil lebih agresif, dilengkapi dengan spoiler depan serta belakang bersama jeriji jenama STI. Dijana oleh enjin 2.0 liter 4 silinder turbocaj, crossover keluaran Subaru ini mampu menghasilkan kuasa 278hp dengan tork maksimum 350Nm dengan transmisi Lineartronic dan oil cooler.

 

Dibangunkan hanya untuk pasaran Jepun dengan 300 unit terhad, ruang dalam model Forester ini dipasang dengan tempat duduk sport Ultrasuede yang diperkemaskan dengan jahitan merah dan logo STI, stereng sport dan kemasan gentian karbon. Memiliki kemampuan untuk meluncur dengan kelajuan 260 km/j, Subaru Forester tS juga dipasang sistem perlindungan brek Brembo dan angkup (caliper) jenama STI.
INFO

300
Unit dikeluarkan

278hp
Kuasa maksimum

350Nm
Tork maksimum

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.