.

Sportage varian 2WD dipasaran

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 02 September 2015

Kia Sportage 2WD baharu dengan rekaan aero dinamik telah diperkenalkan oleh Naza Kia Malaysia, selaku pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia.

Sportage-2WD-front side view

Varian SUV dibawah segmen C ini menampilkan jeriji radiator ‘tiger nose’ dan lampu hadapan utama runcing bersama pencahayaan LED serta lampu kabus. Antara perubahan lain yang dapat dilihat adalah dengan pemasangan bumbung bertulang, pemegang pintu besar, cermin sisi besar dan rim aloi 17 inci.

Mempunyai kualiti kabin yang unggul lengkap dengan kemasan stering kulit serta dilengkapi dengan Motor Driven Power Steering (MDPS), tempat duduk belakang yang boleh dibaringkan, auto cruise control dan bantuan sistem sensor di bahagian belakang kereta.

Sportage yang dijana dengan enjin multi-point injection (MPI) 2.0-liter Nu menjanjikan aspek praktikal dengan pemasangan  tempat penyimpanan yang disediakan di bahagian kabin dan sistem penyejukan di dalam glove box.

Untuk infotaimen pula diberikan sistem audio berjenama “Infitiny” dengan tujuh pembesar suara termasuk subwoofer, sistem pencahayaan pengiring, stering boleh laras, paparan kamera belakang dan sistem audio Radio/ CD/ MP3 yang boleh dikendalikan menerusi butang kawalan pada stering.

Aspek keselamatan menjadi keutamaan dengan dilengkapi enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP) merangkumi Sistem Brek Anti-Kekunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC), dan sistem Kawalan Brek Menuruni Bukit (DBC).

Model SUV Sportage 2WD yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 154 PS dan tork maksimum 191 Nm bersama transmisi automatik enam kelajuan ini didatangkan dalam tiga warna pilihan Clear White, Bright Silver dan Mineral Silver pada harga RM118, 888 (di atas jalan).

 

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.