Saingan Kwid
POSTED BY Khir Wahid ON 20 May 2015Renault perkenal kereta kompak terbaharu untuk pasaran India
Pasaran kenderaan kompak yang kompetitif di India menerima saingan baharu apabila Renault memperkenalkan model segmen A yang mempunyai reka bentuk seperti sebuah SUV digelar Renault Kwid. Dengan menggunakan enjin tiga silinder berkapasiti kecil baharu, Renault Kwid dikatakan mampu memberi catatan penggunaan bahan api lebih baik berbanding kebanyakan kenderaan di dalam segmennya. Sekiranya Renault Kwid berjaya di India, ia mungkin akan dipasarkan ke negara-negara lain yang bersesuaian.
INFO
800cc
Kapasiti enjin
5 kelajuan
Transmisi manual yang ditawarkan