.

Yamaha XSR700 – Retro moden

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 21 August 2015

Yamaha XSR700 guna gaya lama, teknologi terkini

XSR700 -1Di dalam barisan motosikal yang ditawarkan oleh Yamaha secara global, terdapat beberapa model yang dilabelkan sebagai ‘Sport Heritage’ seperti VMax, XJR1300, XV950 dan SR400. Paling baharu, sebuah lagi model menyertai barisan motosikal gaya lama, tetapi teknologi moden ini iaitu XSR700.

Asasnya diambil daripada MT-07, termasuk enjin dua silinder 700cc sama manakala rekaan badannya pula memberi penghormatan kepada model lama XS650 dengan tempat duduk dwi warna, tangki retro aluminium, ekzos pendek dan panel tepi berlubang. Yamaha XSR700 dijangka memasuki pasaran Eropah hujung tahun ini dan didatangkan dengan pelbagai aksesori khas lain untuk menyesuaikan motosikal dengan citarasa pemilik.

 

INFO

1968 – Tahun XS650 mula dikeluarkan

74hp – kuasa maksimum

 

Diary READ MORE

Sorry, no posts matched your criteria.