.

Renault Megane RS 265 Sport lebih ‘garang’

POSTED BY Kaynis Chong ON 25 September 2014

Pengurangan harga RM36,000 berbanding versi sebelumnya

MEGANE14

TC Euro Cars, pengedar rasmi kereta jenama Renault di Malaysia melancarkan Renault Megane RS 265 Sport di Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Dijual dengan harga RM199,999 (atas jalan tanpa insurans), iaitu kurang RM36,000 berbanding versi Megane RS 265 Cup sebelum ini. Antara kelainan yang diterapkan pada Megane Sport terkini ialah reka bentuk baharu pada bahagian ‘wajah’ hadapan yang kini dilengkapi dengan lampu projektor depan dengan sentuhan perincian hitam. Selain itu rekaan gril juga diberi sentuhan baharu di samping logo Renault bersaiz lebih besar diletakkan dibahagian tengah bersama latar belakang hitam berkilau.

Dengan hanya menawarkan satu pilihan warna iaitu Glacier White, bampar pada bahagian hadapan untuk Megane RS 265 Sport yang dijana dengan enjin 2.0 liter turbo ini turut diberikan pembaharuan dengan alur berwarna merah. Dilengkapi transmisi manual 6-kelajuan, kereta keluaran Renault ini mampu mencapai kelajuan 250 kilometer per jam dalam masa enam saat.

Tempat duduk bagi Megane varian Sport kini tidak lagi menggunakan tempat duduk semi-bucket Recaro, tetapi digantikan dengan tempat duduk semi-bucket fabrik Carbon Grey RS.

 

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.