.

Makmal baru untuk pembangunan produk

POSTED BY Khir Wahid ON 20 May 2015

Bridgestone naik taraf pusat teknikal untuk pertingkat operasi

Bridgestone Asia Pacific Technical Center Co., Ltd. (APTC), anak syarikat milik penuh Bridgestone Asia Pacific Pte. Ltd. mengumumkan perasmian bangunan makmal terbarunya di Wilayah Pathum Thani, Thailand. Melalui kemudahan ini, ia diharap dapat mempelbagaikan fungsi APTC di samping menambah baik mutu produk dalam memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan serantau.

BRIDGESTONE NEW TACTICAL CENTRE-0000

APTC memulakan operasinya pada tahun 2013 di utara Bangkok. Pusat teknikal serantau ini di tubuhkan dengan sasaran meningkatkan nilai produk dengan menyediakan bantuan teknikal beserta penyelidikan dan pembangunanan di rantau ini.

Peningkatan yang disasarkan adalah dari aspek reka bentuk tayar atau kompaun, menyesuaikan produk sedia ada dengan keperluan pembeli setempat yang diguna pakai atau meningkatkan ciri keselamatan produk, prestasi dan ketahanan melalui ujian tayar dan bahan.

“Dalam usaha mencapai Dan-Totsu dalam pasaran Asia Pasifik yang kian berkembang dan berubah dengan pantas, Bridgestone percaya bahawa APTC harus memperkukuhkan rangka kerja khususnya bidang penyelidikan dan pembangunan. Melaluinya, Bridgestone dapat meningkatkan kualiti produk dan perniagaannya dalam menawarkan produk terbaik kepada kumpuan sasaran,” kata Timbalan Presiden dan Pegawai Kanan, Tanggungjawab Inovasi Global, Bridgestone Corporation, Mr. Hideki Komatsu.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.