.

Pusat pameran KTM Kota Damansara dibuka

POSTED BY Kaynis Chong ON 22 January 2015

 KTM CKD showroom-6

Bagi memberi khidmat lebih baik kepada pemilik motosikal KTM sedia ada dan akan datang, KTM Malaysia CKD membuka sebuah pusat pameran serba lengkap di 1, Jalan Polo 10/7, Seksyen 10, Kota Damansara.

Digelar sebagai ‘Pusat Pameran Gaya Hidup KTM’, bangunan tiga tingkat yang diguna menempatkan ruang pameran model motosikal KTM Malaysia CKD, kelengkapan Powerwear, barangan cenderahati KTM serta aksesori Powerparts.

Selain daripada itu, kemudahan ini turut bersedia untuk digunakan sebagai pusat latihan, kajian serta pembangunan, lengkap dengan peralatan canggih untuk pekerja teknikal dan mekanik.

Pembukaan rasmi pusat pameran ini dilaksanakan Ketua Pegawai Operasi KTM Motorrad-AG, Harald Plockinger dan Ketua Pegawai Kewangan KTM Motorrad-AG, Viktor Sigl.

Dalam majlis sama, KTM Malaysia CKD turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada pengedarnya yang cemerlang dalam jumlah jualan. Lima yang teratas adalah Sendayan Motor, Wee Biker, CA Cycle Advance, Bike Station Sdn Bhd dan Hiap Aik Star Motorsports.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.