.

Pusat 2S Toyota di Pandan Indah

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 28 September 2015

Menawarkan perkhidmatan selepas-jualan termasuk penyelenggaraan dan alat ganti, Pusat 2S Toyota yang dikendalikan oleh Wing Hin Motor Sdn Bhd, selaku pengedar kenderaan Toyota dibuka secara rasmi di Pandan Indah, Selangor.

Wing Hin 4

Pusat pengedar kereta keluaran UMW Toyota Motor baharu yang dibangunkan dikawasan seluas 38,800 kaki persegi ini terletak di Lot 63993, Off Jalan Pandan Indah, Kawasan Perindustrian Ringan, Ampang Baru Tambahan, 68000 Ampang, Selangor ini dijangka dapat memenuhi keperluan pelanggan sekitar Pandan Indah dan Ampang.

Antara kemudahan yang disediakan adalah 20 ruang penyelenggaraan serta ruang menunggu untuk pelanggan bersama WiFi percuma. Lebih 30 kakitangan terlatih turut menanti untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan fasiliti yang disediakan, sila hubungi di talian 03-4291 8333 atau layari www.toyota.com.my.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.