.

Promosi menjelang raya

POSTED BY Durrani Sharom ON 04 June 2015

Pilihan pengguna lebih berbaloi dengan pelbagai tawaran

Memasuki bulan Ramadan, syarikat-syarikat automotif kini giat menjalanakan promosi dan tawaran istimewa kepada pemilik dan bakal pelanggan. Berikut adalah beberapa promosi istimewa yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Mitsubishi

Bermula sekarang hingga 31 Julai nanti, Mitsubishi Motors Malaysia menawarkan tawaran istimewa Raya; program penyelenggaran percuma selama lima tahun dan rebat tunai sehingga RM6,000 bagi model terpilih. Selain itu, aksesori asli jenama berkenaan turut ditawarkan dengan potongan sehingga 70 peratus, tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, layari www.mitsubishi-motors.com.my.

Toyota

Toyota kini sedang mengadakan siri jelajah WOW keseluruh negara. Selain berpeluang memenangi hadiah bernilai RM500, Toyota turut menawarkan pakej-pakej menarik bagi model-model terpilih keluarannya, sebagai contoh rebat tunai sehingga RM6,000 untuk Vios dan Hilux, aksesori percuma bernilai RM5,200 untuk Hilux dan tidak terkecuali rebat tunai berjumlah RM39,000 bagi Alphard. Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

 Honda

Honda ketika ini sedang menjalankan siri jelajah dan promosi Jazz Cruise Cafe ke seluruh negara. Sepanjang Jun, mereka akan berada di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak. Selain itu, kempen balik kampun percuma juga sedang berlangsung dari 1 hingga 30 Jun nanti. Antara yang ditawarkan ialah Pakej Service Percuma atau Pakej Pilihan Tunai. Ia ditawarkan kepada semua model sedia ada, kecuali HR-V dengan penjimatan dan bonus Raya sehingga RM3,000. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.honda.com.my/promotions/promotions_details/54.

Proton

Sehingga 5 Julai, Proton bakal mengadakan siri jelajah dengan tawaran isimewa di Tesco seluruh negara. Antara promosi  yang ditawarkan adalah jaminan diperpanjang sehingga tujuh tahun, kadar faedah pembiayaan serendah 1.99 peratus, bayaran muka serendah RM1,000 dan potongan harga sehingga 26 peratus bagi pakej servis. Untuk maklumat lanjut dna jadual jelajah Tesco Proton, layari www.proton-edar.com.my.

Perodua

Sehingga 30 Jun, pelanggan yang mendaftar pembelian sebuah Myvi layak untuk menyertai peraduan khas Perodua Myvi Edisi Ulangtahun Ke-10. Dengan dua cara mudah pelanggan berpeluan untuk memenangi model khas berkenaan. Sebuah Myvi Edisi Ulangtahun Ke-10 menanti pemenang bagi peraduan yang akan berakhir pada 31 Ogos nanti. Selain hadiah utama, 10 unit iPhone 6 Plus dan 10 baucar Perodua bernilai RM1,000 menanti pemenang. Layari http://www.perodua.com.my/campaign-promotions/m10.

Volkswagen

Empat model Volkswagen dipilih untuk promosi kadar faedah 0 peratus selama lima atau tujuh tahun; Jetta, Tiguan, Passat dan Golf (tertakluk kepada terma dan syarat). Sebagai contoh, bagi model Jetta, bagi ansuran selama lima tahun, bayaran bulanannya adalah RM2,099. Maklumat lanjut di http://www.volkswagen.com.my/en/promotions.html.

Ford

Ford menawarkan rebat tunai bagi tiga model keluarannya; Focus (sehingga RM10,000), Fiesta 1.5L (sehingga RM8,000) dan Ecosport (RM8,000). Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 1-800-38-3181.

Kia

Kepada pemilik kenderaan Kia, kempen ‘Service Bonanza’ sedang menanti anda. Dari 1 Jun hingga 31 Julai, hantar kenderaan anda untuk servis dan nikmati potongan harga 10 peratus bagi alat ganti tulen. Mereka juga akan menikmati pemeriksaan ‘multi-point’ dan cuci kereta percuma.

Citroen

Sehingga 31 Julai, Citroen menjalankan kempen lepas jualan dan servis sempena Hari Raya kepada pelanggannya. Antara tawaran yang menanti adalah potongan 30 peratus bagi tali sawat, mounting enjin dan brek, pemeriksaan 15 poin dan cuci kereta percuma serta hadiah bagi setiap penukaran minyak enjin sintetik penuh. Keterangan lanjut, hubungi 1-800-222-808.