.

Program Ford tingkat keupayaan pemandu

POSTED BY Kaynis Chong ON 27 December 2011

Program Kemahiran Memandu Sepanjang Hayat (DSFL) anjuran Ford buat pertama kalinya dianjurkan di Malaysia pada 17 dan 18 Disember lalu bertempat di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) melibatkan penyertaan seramai 84 orang pemandu.

Matlamat utamanya adalah untuk mendidik pemilik kenderaan tentang kemahiran memandu cermat dalam empat aspek penting iaitu mengenal pasti bahaya, pengendalian kenderaan, pengurusan ruang dan pengurusan kelajuan.

Peserta acara kali ini terdiri daripada pemilik baru Ford Fiesta serta Focus dan untuk permulaan mereka didedahkan dengan teori berkaitan seperti kedudukan tempat duduk, kawalan stereng, understeer, oversteer dan pelbagai petua lain sebelum diteruskan dengan latihan praktikal.

Semasa itu baru mereka dapat menggunakan apa yang dipelajari terutamanya sistem keselamatan khusus yang ada pada kenderaan termasuk ABS, ESP dan TCS dengan betul mahupun mempunyai kefahaman asas tentang kemahiran memandu.

Latihan“Kini semakin ramai orang memandu di jalan raya, tetapi mereka tidak dilatih untuk memandu dengan betul mahupun mempunyai kefahaman asas tentang kemahiran memandu. Latihan dan pendidikan memandu serta kesedaran awam sangat penting untuk mencetus perubahan,” kata Pengurus Serantau Operasi Eksport dan Pertumbuhan Ford, David Westerman. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ford.net.my atau www.drivingskillsforlife.com. – BH Auto, 25 Disember 2011.

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.