.

Program BMW Safety 360º

POSTED BY Khir Wahid ON 24 June 2015

BMW 1 Series dan BMW 2 Series Gran Tourer turut dipertontonkan

BMW Group Malaysia memperkenalkan siri kedua program BMW Safety 360º serta dua model baharu BMW iaitu BMW 1 Series dan BMW 2 Series Gran Tourer pemasangan tempatan sempena acara Cooler Lumpur Festival kali ketiga.

BMW SAFETY-0002

Pengarah Urusan dan Ketua pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “Selaku jenama peneraju bagi pasaran automotif premium, kami komited mengutamakan aspek keselamatan para pemandu dan penumpang kami, selain menawarkan keseronokan pemanduan sebenar kepada mereka. Menerusi kempen BMW Safety 360º, kami ingin meningkatkan kesedaran, perbincangan dan tindakan mengenai perlunya para penguna jalan raya Malaysia mendapatkan teknologi serta penyelesaian dalam kenderaan mereka.”

Program BMW Safety 360º yang bermula pada 12-14 Jun di Publika telah diadakan sempena acara Cooler Lumpur Festival 2015. Ia menampilkan penceramah jemputan iaitu Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pendidik Keselamatan, Maree Haley. Dengan pengalaman lebih lima tahun dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Haley akan menjalankan beberapa siri klinik berkaitan tempat duduk kanak-kanak dalam kenderaan. Ia bertujuan berkongsi maklumat mengenai pentingnya memiliki sebuah kerusi kanak-kanak dan bagaimana untuk memasangnya di dalam kenderaan.

BMW SAFETY-0003

BMW 1 Series

Tampil dengan ekspresi sporty menerusi pakej BMW M Sport yang terdiri daripada Kit Aerodinamik M, stereng kulit, suspensi M Sport dan rim aloi M Sport bersaiz 18 inci sebagai ciri standard, BMW 1 Series serba baharu ini diperkenalkan dalam bentuk BMW 120i M Sport.

BMW 2 Series Gran Tourer

Merupakan model MPV kompak premium berkapasiti tujuh tempat duduk yang menawarkan versatiliti unik dan memiliki lebih banyak ruang. Kenderaan ideal untuk keluarga muda yang mempunyai anak.

Harga anggaran di atas jalan, (tidak termasuk insurans bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama Lima Tahun dan Program Servis Berjadual Secara Percuma BMW Malaysia):

BMW 120i M Sport serba baharu – RM 219,800.00

BMW 220i Gran Tourer serba baharu – RM 279,800.00

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.