.

Penawaran terbaharu Peugeot 508 THP

POSTED BY Durrani Sharom ON 04 June 2015

Kini turut hadir dengan model 1.6L THP yang lebih berkuasa

Dilancarkan secara rasmi minggu lalu, Peugeot 508 tidak hanya di datangkan di dalam pakej rupa bentuk yang baharu semata-mata. Tidak dinafikan, tiga varian yang diperkenalkan itu menampilkan banyak perubahan dan pembaharuan terhadap model segmen D ini, 508 THP merupakan varian baharu yang melengkapi barisan keluarga model 508 untuk pasaran Malaysia ketika ini.

2Enjin baharu dengan Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) dengan kapasiti 1,598cc yang dipadankan dengan transmisi auto 6-kelajuan kini menawarkan penyaluran kuasa maksimum 165PS dan 240Nm tork; kuasa yang memberikan kelebihan kepada aspek pemanduan kereta ini.

Selain itu, di atas kertas, ia disifatkan mampu mencapai penggunaan petrol 7.1 liter untuk setiap 100 kilometer. Pada boleh 508 sebelum ini, ciri THP ini tidak ditawarkan.

Selain itu, varian Peugeot 508 SW (station wagon) dan 508 GT turut diperkenalkan semula, dengan pelbagai sentuhan dan rupa bentuk serta ciri dengan perincian yang lebih tinggi. Varian GT misalnya dilengkapi enjin 2.2L Turbodiesel HDi dengan transmisi automatik 6-kelajuan, sama seperti yang ditawarkan pada model diesel sebelumnya.

Pug508_Drive_89Pembaharuan 508

Peugeot 508 terbaharu ini menggunakan lampu depan dan belakang dengan teknologi LED sepenuhnya. Sebagai contoh, lampun utama dibahagian depan terdiri daripada empat modul yang mengandungi 4 LED setiap satunya. Kelebihannya tidak hanya terletak kepada faktor keselematan misalnya ketika memandu di waktu malam, tetapi memberikan wajah utama yang sangat menonjol bagi kereta ini.

Bagi versi sedan, lampu belakangnya turut menerima rekaan baru untuk memaksimumkan penggunaan teknologi ini. Sebelah lampu itu sahaja terdiri daripada 36 LED untuk meningkatkan penglihatan pengguna jalan lain terhadap kereta ini dari jauh.

Pug508_Drive_173Aspek keselamatan

Seperti model Peugeot lainnya, 508 dilengkapi enam beg udara untuk keselamatan kabin maksimum. Ciri-ciri seperti ESP yang terangkum di dalamnya ASR (kawalan cengkaman), DSC (kawalan kestabilan) dan EBA (bantuan brek kecemasan) juga merupakan tawaran standard.

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan sistem BLISS (Blind Spot Sensor System) yang akan memaklumkan pemandu jika terdapat kenderaan lain pada titik buta cermin sisi kiri dan kanan.

Pemanduan meyakinkan model THP

Di dalam pandu uji ringkas yang disertai Mei lalu, Peugeot 508THP yang dipandu menunjukkan beberapa sisi menarik dari aspek pemanduan. Paling utama, maklum balas enjin dan transmisi dengan ciri THP ini dirasakan lebih lancar dan jauh lebih berkuasa untuk menampung berat dan saiz sebuah kenderaan segmen D sepertinya.

Memandu menjadi sesuatu yang menyeronokkan, walaupun dengan binaan dan saiznya yang agak luas dan besar.’Responsif’ menjadi kata kunci yang akan digemari pada Peugeot 508THP ini oleh mereka yang menghargai sisi pemanduan sesebuah kenderaan.

Peugeot 508 terbaharu diumumkan akan dijual pada harga seperti berikut; Peugeot 508 THP (RM175,000), Peugeot 508 SW (RM185,000) dan Peugeot 508 GT (RM205,000).