.

Pemeriksaan percuma Proton

POSTED BY Kaynis Chong ON 30 June 2015

Sempena musim perayaan yang bakal menjelang, Proton kini menjalankan kempen pemeriksaan 30-poin percuma bagi setiap kenderaan keluarannya di semua pusat servis bertauliah Proton seluruh negara.

Antara pemeriksaan yang akan dilakukan ialah pemeriksaan tahap bendalir, bateri, penggilap cermin, penutup radiator, ketepatan pedal, sistem gantungan, sistem stereng, pendingin hawa dan sebagainya.

Bagi tujuan menampung keperluan pemilik yang tidak sempat untuk datang ke pusat servis untuk tujuan pemeriksaan berkenaan, Proton turut akan menyediakan pusat pemeriksaan bergerak kepada pemilik di stesen Petronas terpilih, dari 9 hingga 15 Julai dari 3 petang hingga 7 malam dilokasi seperti berikut:

Kawasan tengah (9, 10 & 11 Julai 2015)
Stesen Petronas KM 15.3, NKVE Damansara

Lebuh raya Utara-Selatan (13, 14 & 15 Julai 2015)
Stesen Petronas Juru, Pulau Pinang

Kawasan Pantai Timur (13, 14 & 15 Julai 2015)
Stesen Petronas Tok Giring, Terengganu
Kawasan R&R Lebuh raya Pantai Timur, Gambang, Pahang

Kawasan Selatan (13, 14 & 15 Julai 2015)
Stesen Petronas Seremban, Negeri Sembilan

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.