.

Mekanik: Picanto kurang kuasa

POSTED BY Kaynis Chong ON 27 July 2011

Saya mempunyai sebuah kereta Naza Picanto buatan 2010 yang dibeli pada Januari 2011. Masalah saya adalah:

a) Mengapa kereta tersebut tiada ‘pick up’? Gearnya lambat dan tidak memberikan respon serta berat untuk bergerak apatah lagi jika ingin memotong. Ketika keluar dari simpang kereta saya tidak mampu untuk membawa beban. Muatan tidak ramai, hanya dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Saya telah menghubungi pusat servis Naza tapi tiada penyelesaian setelah pemeriksaan dilakukan dengan jawapan tiada apa masalah. Saya pernah bertanya dengan mekanik kedai servis, kata mereka mungkin kotak gear ada masalah.

b) Adakah ia berkaitan dengan enjin ataupun kotak gear yang bermasalah?

Ini amat merisaukan saya jika memandu di jala raya yang menaik/menurun kerana kereta saya tidak dapat bersaing dengan kereta yang lain dan menimbulkan kemarahan pemandu lain. – [email protected]

Jawapan: Kereta Kia Picanto menggunakan enjin 1.1L dan kotak gear automatik. Oleh itu jangan bandingkan prestasinya dengan kereta lain yang berenjin lebih besar dan lebih berkuasa. Walau bagaimanapun, saya syorkan supaya kereta tersebut dihantar ke pusat servis Naza/Kia supaya atau talaan enjin dibuat dengan menggunakan sistem diagnostik berkomputer untuk menentukan jika ada masalah dengan enjin atau kotak gearnya.

Diary READ MORE

Sorry, no posts matched your criteria.