.

Mekanik 6-1

POSTED BY Kaynis Chong ON 09 January 2012

1. Tingkat kuasa enjin

Macam mana nak tingkatkan kuasa dan tork enjin kereta tanpa pengubahsuaian enjin? Kereta Mazda 1.6 s/wagon tahun 2001. 0126701811

Jawapan: Tidak banyak yang boleh dibuat untuk meningkatkan kuasa dan tork tanpa pengubahsuaian ketara pada enjin. Satu cara ialah dengan memudahkan aliran udara masuk kedalam enjin dengan menukarkan penapis udara dari yang asal kepada jenis yang kurang menghalang laluan udara seperti yang terdapat dalam pasaran. Cara yang kedua ialah memudahkan asap eksos keluar dari enjin dengan menukar sistem eksos kurang menghalang. Yang ketiga menukar cip dalam sistem ECU. Tapi ingat peningkatan kuasa boleh mengundang kenaikan penggunaan bahan api.

2. Enjin susah hidup

Kereta Chevrolet saya berusia enam tahun lebih. Batuannya sudah mencecah 17,300km. Namun sejak akhir-akhir ini apabila hendak dihidupkan ia mengambil masa tiga hingga empat kali untuk hidup.Walaupun dihidupkan, tenaga yang dikeluarkan kedengaran seperti kurang tetapi tiada masalah apabila memandu.Adakah ia berpunca daripada starter memandangkan technician mengatakan tiada masalah pada alternator atau bateri. Saya buntu memikirkannya.0174887159

Jawapan: Jika ketika enjin mahu dihidupkan putaran enjin agak normal ini bermakna bateri dan starter tiada masalah. Ketika enjin yang agak sejuk ingin dihidupkan ianya memerlukan campuran minyak yang lebih jadi sistem ìcold startî akan berfungsi untuk memastikan enjin mudah dihidupkan. Jika sistem ìcold startî ini tidak berfungsi atau tidak berfungsi dengan baik enjin agak sukar dihidupkan. Dapatkan mekanik yang mahir dan menggunakan komputer ìdiagnosticî untuk memeriksa sama ada sistem ìcold startî tersebut berfungsi.

3. Tutup pendingin hawa ketika memotong

Adakah amalan menutup pendingin hawa bagi menambah pick up ketika memotong atau menaiki bukit untuk kereta Proton Arena tahun 2009 boleh memberi kesan yang buruk pada enjin atau sistem pendingin hawa itu sendiri? 0135333979

Jawapan: Memang ada pemandu yang akan menutup sistem pendingin hawa ketika hendak memotong atau mendaki bukit kerana kekurangan kuasa dan tork. Amalan ini tidak akan mendatangkan masalah pada enjin mahupun pendingan hawa.

4. Tempoh tahan bateri

Saya memiliki kereta Proton Saga BLM tahun 2009. Berapa lama jangka hayat bateri sel kering? Benarkah bateri yang dibeli daripada pusat servis lebih tahan lama berbanding kedai biasa? 0126094928

Jawapan: Maksud bateri sel kering di sini ialah jenis ìdry chargedî iaitu bateri tersebut datang dari kilang tanpa ada asid atau ìelectrolyteî di dalamnya dan pengguna hanya perlu menambah asid dan bateri tersebut sedia untuk digunakan. Diperbuat dengan teknologi moden dan bahan yang berkualiti kedua-dua jenis sel kering atau sel basah yang dikeluarkan oleh pengeluar berjenama mempunyai kadar hayat antara setahun hingga tiga tahun dan bergantung kepada beban yang ditanggung serta keadaan sistem pengecas pada enjin.

5. Kotak gear Perdana

Kenapa kotak gear Perdana V6 sering mengalami masalah? Selama setahun menggunakannya, saya telah menukar kotak gear sebanyak tiga kali. Apakah cara mengatasi masalah ini? 0199985129

Jawapan:  Hayat sesuatu kotak gear bergantung kepada keadaan penggunaannya serta tahap ianya diservis bila sampai masanya. Jika kotak gear tersebut selalu terdedah kepada beban yang berat serta keadan suhu yang tinggi ia akan memendekkan hayat kotak gear tersebut. Kotak gear automatik mengeluarkan haba yang tinggi lebih-lebih lagi di negara kita. Oleh yang demikian minyak kotak gear memerlukan sistem penyejuk untuk mengalirkan haba tersebut supaya kotak gear dapat berfungsi dengan optimum.

TIP PENJAGAAN TAYAR – Tayar lama tidak selamat

Waktu penukaran tayar yang sesuai tidak hanya bergantung dengan melihat kepada bunganya sahaja. Tayar yang terlalu lama tidak selamat digunakan kerana bahannya sudah menjadi keras dan tidak mencengkam. Biasanya tayar hanya boleh bertahan sekitar empat ke lima tahun daripada tarikh ia dikeluarkan.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.