.

Lexus ES terima peningkatan  

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 26 August 2015

Beberapa ciri baharu diperkenal, beri nilai tambah kepada pemilik kenderaan mewah

Lexus 3

Memasuki pasaran Malaysia buat pertama kali pada 2006, sayap kenderaan mewah di bawah naungan Toyota, Lexus minggu ini memperkenalkan barisan terbaharu bagi model ES untuk pasaran tempatan.

Dengan jualan mencecah 1,000 unit tahun ini setakat Julai 2015, Lexus Malaysia mensasarkan jualan sejumlah 750 unit model ES tahun ini, dan yakin dapat mencapai sasaran jualan 2015 sebanyak 2,200 unit menjelah akhir tahun.

Tiga varian diperkenalkan, iaitu ES250 Premium, ES250 Luxury dan ES 300h. Antara peningkatan yang dilakukan bagi edisi terbaharu model mewah berkenaan adalah reka bentuk bahagian depan dengan sentuhan baharu, ciri keselamatan tambahan seperti ‘Blind Spot Monitor with Rear Cross Traffic Alert’ dan ‘Hill Start Assist’.

Bahagian dalaman turut menerima pembaharuan, antaranya trim yang dikenali sebagai ‘Birdseye Maple Wood’ sebagai ciri standard bagi semua varian untuk penampilan yang lebih mewah dan elegan.

Harga jualan bagi Lexus ES terbaharu adalah RM259,200 (ES 250 Premium), RM278,600 (ES 250 Luxury) dan RM355,100 (ES 300h).

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.