.

Letak tangan rebut Subaru

POSTED BY Kaynis Chong ON 18 September 2014

Subaru - 1

Kembali untuk tahun keenam penganjurannya, Subaru Palm Challenge pusingan Malaysia berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara hujung minggu lalu. Seramai 80 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang memerlukan mereka meletakkan tapak tangan di atas kenderaan Subaru selama mungkin sambil melakukan cabaran yang disediakan.

Selepas hampir seharian, Tan Hong Sheng dinobatkan sebagai juara bagi pusingan Malaysia selepas menjadi orang terakhir yang melengkapkan cabaran. Beliau, bersama sembilan orang lagi peserta iaitu Tan Chuan Kok, Mohd Fadhlly R. Azmi, Ronesh Biswas A/L Bisanuth Biswas, Chang Wei Khang, Sathivale Sundrammorthy, Muhammad Muhyiddin Suhor, Muhammad Afif Drani, Khairul Hafiz Abu Hassan dan Yeong Shoa Yei akan dibawa ke Singapura pada 8 November 2014 untuk pusingan akhir menentang wakil dari Thailand, Hong Kong, Filipina, China, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Singapura.

Hadiah utama untuk pertandingan Subaru Palm Challenge adalah sebuah kenderaan Subaru.

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.