.

Lebih nilai untuk kenderaan Toyota

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 02 September 2015

Bermula 1 September 2015, tiga model Toyota; Toyota Corolla Altis, Toyota Innova dan Toyota Alphard akan ditawarkan dengan aksesori tambahan tanpa sebarang penambahan caj sempena kempen yang dianjurkan UMW Toyota Motor untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan.

Vios

Toyota 3

Ciri-ciri tambahan yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian Vios tertentu kini boleh didapati untuk varian lain. Sistem infotaimen skrin paparan 7 inci DVD-AVN (Audio-Visual-Navigasi) bersama kamera undur turut dipasang pada Vios 1.5E selain Vios 1.5TRD dan 1.5G.

Pelanggan yang berminat dengan Vios 1.5J (dalam pilihan transmisi automatic atau manual), akan menikmati pembelian varian ini pada harga yang berpatutan dan dilengkapi bersama skrin paparan sentuh 6.1 inci sistem hiburan DVD-AVX. Toyota Premium Security & Solar Film yang membantu mengurangkan haba dan silau turut akan dipasang pada Vios 1.5E dan 1.5J tanpa caj tambahan.

Corolla Altis

Untuk peminat Corolla Altis pula, akan diberikan Aerokit rekaan kustom yang akan menjadikan model ini lebih sporty dan sistem infotaimen DVD-AVN bersama skrin paparan sentuh 7 inci secara percuma untuk semua varian (selagi stok masih ada).

Innova

MPV dari Toyota yang ditawarkan dalam tiga pilihan varian ini diberi penambahan aksesori (selagi stok masih ada) seperti sistem infotainment Toyota DVD-AVN  yang lengkap dengan skrin paparan sentuh 7 inci. Bagi varian 2.0G pula diberi penambahan sistem hiburan belakang dan siling bersama skrin monitor 8 inci selain dipasang Toyota Premium Security & Solar Film.

Alphard

Setiap pembelian MPV ini akan ditawarkan Aerokit TRD yang direka khas menjadikannya lebih sporty, lampu nyalaan siang bersama visor pintu serta monitor siling berwarna 10.2 inci yang akan diberikan tanpa caj tambahan (sementara stok masih ada). Selain itu, sistem infotaimen AV bersama skrin paparan sentuh 7 inci dan Toyota Premium Security & Solar Film turut akan diberikan kepada semua varian Alphard.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila kunjungi bilik pameran Toyota atau layari laman web www.toyota.com.my

 

 

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.