.

Peugeot 308 – Komitmen terhadap keselamatan

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 11 September 2015

Kenderaan penumpang ditawarkan penuhi standard tertinggi pasaran global

Structure

Model kenderaan terbaharu Peugeot, seperti Peugeot 308 dibangunkan dengan perhatian terperinci diberikan terhadap faktor-faktor keselamatan. Pakej keselamatan yang melengkapi kenderaan keluaran syarikat berkenaan meliputi pelbagai aspek, pasif dan aktif.

Keselamatan bersepadu

Selain menggunakan 10 peratus daripada bajet Penyelidikan & Pembangunan untuk ujian keselamatan jalan raya, semua kereta Peugeot untuk pasaran Malaysia telah diuji oleh Euro NCAP, sebuah syarikat keselamatan yang menguji keselamatan pada kenderaan Eropah.

Keselamatan aktif:

Peugeot mengaplikasikan sistem bantuan pemanduan inovatif bagi mencegah kemalangan

Keselamatan pasif:

Mengutamakan keselamatan penumpang dengan  menyediakan fungsi keselamatan pasif yang dapat memberi tindak balas segera sekiranya berlaku kemalangan.

Platform EMP2:

kombinasi Very High Strength Steel (VHSS) dan Ultra High Strength Steel menjadikan kenderaan lebih kompak dengan pengurangan 140kg berat dan pusat graviti lebih rendah.

driver assistance

Pemanduan menyakinkan:

Peugeot 308 THP menjanjikan pemanduan dinamik dan sistem keselamatan diluar jangkaan.

Lebih canggih, lebih kawalan:

pakej Driver Assistance Pack menawarkan teknologi hebat bagi kenderaan segmen ini. Antara fungsi yang ditawarkan Kawalan Pemanduan Dinamik, Emergency Collision Alert dan Emergency Collision Braking.

Jaminan keselamatan:

dalam mewujudkan Peugeot 308 THP, sejumlah besar dana pembangunan telah digunakan bagi memberikan jaminan dan keselamatan yang seimbang. Penilaian melalui perlaksanaan protokol ujian yang ketat menjadikan Peugeot 308 THP sebagai salah satu kereta paling selamat di dunia.

Perlindungan optimum:

dilengkapi tiga kali ganda struktur penyerapan yang mengurangkan kesan hentakan, enam beg udara bersama sistem ISOFIX yang akan memudahkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak.

 

isofix-01

Perlindungan maksimum kanak-kanak

Merupakan sistem pamasangan tempat duduk kereta yang memenuhi standard antarabangsa, ISOFIX adalah satu fungsi yang selamat, cepat dan mudah untuk memasang tempat duduk kanak-kanak dengan betul tanpa menggunakan tali pinggang konvensional.

Ia juga ditawarkan dalam barisan kenderaan Peugeot, sejajar dengan kesungguhan jenama berkenaan untuk melindungi semua penumpang secara maksimum.

Direka pada tahun 1990, namun hanya digunakan secara meluas pada tahun 2006, apabila perlaksanaan undang-undang yang mewajibkan ia dipasang pada kenderaan baharu. Ini bermakna kesemua model Peugeot yang dijual di Malaysia lengkap dengan fungsi ini sebagai ciri standard.

Manfaat keselamatan:

  • Memudahkan proses pemasangan dan membuka tempat duduk dengan cepat. Tidak memerlukan penggunaan tali pinggang.
  • Sambungan kekal antara tempat duduk kanak-kanak dengan chasis kereta, sekali gus mengurangkan impak kepada anak anda sekiranya berlaku kemalangan.
  • Visual segera dan (atau) bunyi amaran sekiranya pemasangan tempat duduk tidak betul.
  • Indikator akan menunjukkan sekiranya pemasangan dilakukan dengan betul.
  • Terbukti menjadi antara aspek keselamatan terbaik ketika ujian kemalangan.
  • Perlindungan keselamatan tinggi untuk kepala dan leher.
  • Tidak akan terjadinya kelonggaran, seperti jika menggunakan tali pinggang.
  • Sukar untuk terjadinya pemasangan tempat duduk yang tidak betul.

Dengan ISOFIX, risiko pemasangan tempat duduk kereta yang tidak berlaku adalah sangat kecil berbanding dengan penggunaan tali pinggang. Ini kerana titik utama tali pinggang berbeza mengikut kenderaan, jadi mencipta tempat duduk yang dapat dipasang dengen sempurna menggunakan tali pinggang adalah sangat mustahil.

 

 

 

 

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.