.

Kereta klasik hiasi COTY2U

POSTED BY Kaynis Chong ON 10 November 2011

Ulang tahun beberapa model kereta klasik

Tahun lalu, ramai yang terpesona dengan jumlah dan model kereta klasik yang dipamerkan ketika COTY2U. Untuk tahun ini, ia akan menjadi lebih menarik. Dengan sasaran untuk menghimpunkan 100 buah kereta klasik (kerana ruang pameran adalah terhad), perhimpunan tahun ini adalah lebih bermakna.

Ini kerana, sambutan ulang tahun model-model ini turut akan diraikan ketika acara berkenaan:

 

–         100 tahun Chevrolet, termasuk model AA Tourer tahun 1924 akan membuat penampilan.

–         Menjangkakan perhimpunan terbesar Jaguar E-Type peringkat Asia, dengan penampilan kenderaan Raja DiHilir Perak, Tuanku Raja Jaafar dengan Jaguar E-Type Fix Head Series 2.

–         Majlis penutup sambutan 125 tahun Mercedes-Benz

–         Perhimpunan sempena 50 tahun Volvo P1800

–         Perhimpunan Rolls-Royce klasik, Connaught Tourer 1926 dari Singapura.

–         Turut menampilkan Datsun Fairlady 1962, Alfa Romeo Spiders, Citroen klasik, Triumph, MG, Lamborghini Countach, De Tomaso Pantero, Mini dan banyak lagi.

 

**Perhimpunan dan pameran kereta klasik ini akan berlangsung pada hari Ahad, 13 November 2011 dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Diary READ MORE

Sorry, no posts matched your criteria.