. <

Asean Autoshow 2015 – Kenderaan terbaharu dipamerkan

POSTED BY Hazril Hafiz ON 11 June 2015

Peluang melihat dan memilih kenderaan NST COTY 2015 di Asean Autoshow

Peminat kereta yang sedang mencari kenderaan baharu kini berpeluang memilih kereta idaman dengan kehadiran 60 buah model kereta terbaharu yang turut bakal dipamerkan di pameran NST-MAI Asean Autoshow November nanti.

“Bakal pembeli kenderaan biasanya akan meminta pendangan sebelum membuat sebarang pembelian, terutamanya berkaitan pelbagai model kenderaan terbaharu. Pada pameran itu nanti, semua kereta ini akan dihimpunkan kedalam beberapa kategori seperti Kereta Keluarga, Kereta Eksekutif, SUV, SUV Kompak, MPV dan sebagainya,” jelas penganjur MAI-NST Asean Autoshow, Yamin Vong.

Asean Autoshow 2015 logoSemua di bawah satu bumbung

“Sebagai contoh, jika anda merancang untuk memiliki sebuah kereta eksekutif dalam beberapa bulan akan datang, anda digalakkan untuk berkunjung ke pameran autoshow ini dan melihat sendiri model-model yang terdapat dalam kategori sama sebagai pilihan. Sebanyak enam buah kereta eksekutif dijangka bakal bersaing dalam kategori berkenaan tahun ini,” tambahnya.

Selain itu, untuk membantu bakal pemilik dalam pembelian sesebuah kenderaan, sesi pandu ujinya model-model berkenaan turut akan disediakan.

“Kami sedang merancang untuk bekerjasama dengan syarikat kenderaan yang terlibat agar menyediakan sesi pandu uji bagi kereta baharu bagi segmen kereta yang popular,” ujarnya.

Kenderaan popular

Sebuah daripada kenderaan yang menarik perhatian bagi kenderaan segmen SUV Kompak ialah Honda HR-V, di mana lebih 13,000 unit telah terjual sejak pelancarannya pada Februari lalu.

Kenderaan ini agak kecil berbanding SUV biasa, namun nilai praktikalitinya adalah hampir sama. Oleh itu, ia menjadi pilihan ramai pembeli kerana harga mampu miliknya yang bermula dari RM100,000 hingga RM120,000.

Pecahan kategori

Bagi kategori Kereta Eksekutif, Toyota Camry menjadi pilihan utama bagi kenderaan dalam segmen D. Varian hibridnya juga mengungguli pilihan premium dan merupakan model kegemaran bagi kategorinya. Sementara itu, Peugeot 508 juga tampil dengan unsur Perancis yang menawan.

Mercedes-Benz E300 BlueTec diesel hibrid menjadi pilihan utama buat kategori Eksekutif Premium buat mereka yang mahukan kenderaan berenjin diesel yang bersih dan motor hibrid dengan penggunaan bahan api yang cekap. Pendatang baharu bagi kategori ini ialah Genesis, model premium Hyundai buat mereka yang meminati segmen kenderaan berciri mewah.

Selain itu, Citroen Grand Picasso 1.6 turbo kini hadir dengan janaan petrol. Rebut peluang untuk memandu uji MPV ini di pameran Asean Autoshow ini nanti sekiranya anda terlepas peluang memandu uji model berkenaan di cawangan atau sesi jelajahnya diseluruh negara yang sedang berlangsung.

Buat peminat trak pikap pula, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal tampil dengan generasi kelima Trition VGT dan mereka menawarkan sesi pandu uji di ruang laluan berhalangan yang terdapat diruang luar lokasi pameran. Triton merupakan model paling laris bagi MMM sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2006.

Selepas sedekad menjadi pengedar pikap trak Isuzu D-Max di Malaysia, Isuzu Malaysia kini memperkenalkan MU-X dengan SUV tujuh tempat duduk, juga sebuah model yang dijangka akan memecahkan dominasi pasaran yang dikuasai Toyota Fortuner dan Mitsubishi Pajero Sport.

Jenama Amerika, Jeep yang membuat kemunculan semula di Malaysia selepas penampilan terakhirnya 10 tahun lalu turut akan membariskan calon-calon tersendiri. Empat buah model meliputi Jeep Wrangler, Compass, Cherokee dan Grand Cherokee menanti anda untuk menyertai sesi pandu uji di ruang pameran DRB-Hicom. – Jaswir Kaur.