.

Kemunculan Mazda MX-5 SKYACTIV yang dinantikan

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 26 August 2015

Ikon kereta sport buatan Hiroshima meneruskan legasi unggul

Mazda MX-5 03

Kereta jenis ‘roadster’ lagenda Mazda iaitu MX-5 kini sudah tiba di Malaysia. Melalui model terbaharu ini, karekter unik MX-5 seperti enjin di hadapan, pacuan roda belakang dan bumbung boleh buka masih dikekalkan namun ditambah baik dengan penerapan teknologi maju SKYACTIV secara menyeluruh.

Enjin yang digunakan untuk Mazda MX-5 baharu ini adalah unit 2.0L SKYACTIV-G dan digabungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan SKYACTIV-DRIVE. Kuasa maksimum yang mampu dihasilkan adalah 156hp dan 200Nm tork.

Penerimaan baik pengguna terhadap MX-5 sejak model pertama yang dikeluarkan pada tahun 1989 adalah antaranya disumbangkan oleh aspek sporty dan pengendalian baik yang ada padanya. Pada model baharu ini, ia diteruskan dengan badan serba ringan iaitu hanya 1,080kg dan pembahagian berat 50/50 antara bahagian hadapan dan belakang.

Turut disertakan pada MX-5 baharu adalah sistem sambungan informasi dan hiburan MZD Connect, sistem bunyi sembilan pembesar suara BOSE, empat beg udara, brek anti-kunci (ABS), EBD, BA, DSC, TCS, Hill Launch Assist (HLA), i-STOP, i-ELOOP dan i-ACTIVESENSE.

Mazda MX-5 SKYACTIV dijual pada harga RM219,888.80 (tanpa insurans, dengan GST) bersama jaminan tiga tahun.