.

Kebangkitan dunia kustom

POSTED BY Kaynis Chong ON 11 June 2015

47,000 pengunjung hadir menikmati AOS 2015

Acara yang mengetengahkan seni dan budaya kustom, Art Of Speed (AOS) berlangsung hujung minggu lalu dengan sambutan yang di luar jangkaan. Memasuki kali keempat penganjurannya, AOS 2015 diadakan dengan skala lebih besar, khas untuk kepuasan pengunjung yang hadir dan pameran lebh banyak genre.

Meskipun kali ini yuran masuk dikenakan sebanyak RM10, rata-rata pengunjung berpuas hati dengan pengalaman yang didapati di AOS2015 kerana selain hasil kerja penggiat tempatan, mereka juga boleh mendekati ikon dunia kustom dari Jepun, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan dan beberapa negara lain.

Selain itu, acara untuk tahun ini juga diadakan di dalam dewan tertutup dengan pendingin hawa, di mana di dalamnya terdapat kereta dan motosikal pameran untuk pertandingan ‘Show N Shine’, galeri seni ‘Moto Circus’, tapak bermain papan luncur dan tarikan utamanya iaitu replika litar Hotwheels saiz sebenar berketinggian 12 kaki.

Photo 6-7-15, 14 21 46Di luar dewan pula, keadaannya juga meriah dengan adanya perlumbaan supermoto Kejuaraan Supermoto Asia FIM, pertunjukan aksi lagak ngeri oleh Aaron Twite, jualan makanan dan pelbagai gerai lain.

Istimewanya untuk tahun ini, AOS 2015 turut mendapat sokongan daripada pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia, Fast Bikes Sdn Bhd dan membawa kepada kewujudan satu pertandingan khas antara empat pembina motosikal di Malaysia.

Kesemua mereka diberikan sebuah Triumph Bonneville untuk dimodifikasi melalui kreativiti masing-masing bersama wang tunai RM10,000 serta alat ganti bernilai RM2,500 dan dikehendaki menyiapkan motosikal tersebut dalam masa dua bulan. Ia kemudiannya dibawa ke AOS 2015.

Setelah diadili, pembina dari Kajang, [email protected] Jumiran (Eastern Bobber) dinobatkan sebagai pemenang dan turut diambil sebagai pembina motosikal kustom rasmi bagi Fast Bikes Sdn Bhd.

AOS2015-34Tambah menarik, satu cabutan bertuah diadakan bagi pengunjung yang hadir pada penutup acara yang berlangsung selama dua hari di MAEPS Sedang ini dan ia dimenangi oleh Anis Sabrina Sabaruldin. Beliau membawa pulang sebuah motosikal kustom Triumph Bonneville dan dihajat untuk diberikan kepada suaminya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.

Menurut pencetus AOS, Asep Ahmad Iskandar, acara ini adalah satu platform yang baik untuk orang ramai belajar, berkongsi dan membina pertalian dengan mereka yang berada dalam komuniti ini dalam persekitaran yang elok. – Durrani Sharom.

Senarai pemenang di AOS 2015

Kereta terbaik
Hatish Mayer from Mayer Carz Restorations
1967 Chevrolet Impala Fastback 454

Motosikal terbaik
Strokers
1941 Matchless G3L

Pilihan MOONEYES
Winner : Zat Asyraff Takiyuddin
Vehicle :1965 Beetle 1200

Kategori kereta
60’s – Ahmad Zunairi
70’s – Wadi PT
JDM – Backwheels Bitches – Zee 180 SX
Pikap Custom Retro  – Sudhar Maikel
Van Culture – Kean Yap
Radikal (Klasik dan Moden) – First Mile Auto
Custom VW Aircooled – Wan Ahmad Rafshanjani
K-Car – Nor Azizi Ismail
USA – Brian Wong
Custom Continental – Mohd Isa Othman
Rat Look – Kean Yap

Kategori Motosikal
Chopper – Gimme Shelter
Bobber – Strokers
Cafe Racer – Shahrizan Mahful
Modified Harley-Davidson – Beautiful Machines
Jap Style & Tracker – Maz Zaqquan
Restored Classic Scooter – Shamsul Kodry
Street Cub & Choppy – Tan Ving Hing
Radikal Street Cub & Ruckus – Suhardi Pardi
Restored Retro Japanese – Ahmad Budiman
Restored Classic Continental and American – Strokers

Kategori basikal Lowrider
Roda 12”, 16” & 20”  – Rohaizad
Roda 24”, 26” & open wheel lowrider & limousine – Mohd Zulfaiz Zulkini

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.