.

Kapcai Honda Wave 110 terbaru

POSTED BY Kaynis Chong ON 28 December 2011

Honda Boon Siew Sdn Bhd memperkenalkan versi terbaru model Wave 110 dengan sedikit perubahan reka bentuk dan kelengkapan. Dua penambah baikan yang dilakukan pada model terkini Wave 110 ialah penggunaan rim aluminium berwarna putih dan pengenalan warna serta grafik baru.

Bagi model RS, tiga warna baru diperkenalkan iaitu merah metalik dan unggu metalik serta Bright Orange yang khusus untuk model RS. Bagi model R, selain warna merah dan unggu metalik, tambahan biru metalik yang khusus bagi model terbabit turut ditawarkan.

Harga cadangan bagi kedua-dua model ini ialah RM4,7771 (R) dan RM5,228 (RS). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Boon Siew Honda di talian 04-2613422. – BH Auto, 28 Disember 2011.

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.