.

Jeep kembali ke Malaysia

POSTED BY Gary Tay ON 28 November 2014

Compass-w-model-11-1024x682

 

Jeep kembali ke Malaysia

 

Jenama kenderaan SUV dan pacuan empat roda Amerika Syarikat yang bernaung di bawah syarikat Chrysler Group LLC, Jeep, kini membuat kemunculan semula di Malaysia melalui kerjasama dengan DRB-HICOM Berhad dan penubuhan pengedar eksklusifnya, Jeep Malaysia.

 

Dengan kembalinya jenama ini di Malaysia, Jeep melancarkan empat model baharu iaitu Grand Cherokee, Cherokee, Wrangler dan Compass. Kesemuanya didatangkan bersama jaminan lima tahun atau 150,000km.

 

Grand-Cherokee-w-model-10-1024x682

 

Grand Cherokee Overland adalah sebuah SUV mewah lima tempat duduk yang menggunakan enjin 3.6 liter Pentastar V6 dan transmisi automatik lapan kelajuan. Ia dijual pada harga RM468,889 dan antara ciri menarik lain yang terdapat padanya adalah sistem suspensi udara Quadra-Lift, sistem sistem pacuan 4WD Aktif Sepenuh Masa Quadra-Trac II, lampu utama HID, sistem pilihan cengkaman Selec-Terrain, kemasan kulit di dalam dan Pengawal Stabiliti Elektronik (ESC).

 

Cherokee-Trailhawk-w-model-9-1024x682

 

sementara itu, Cherokee Trailhawk pula adalah SUV saiz sederhana yang menggunakan padanan enjin empat silinder 2.4 liter dan transmisi automatik sembilan kelajuan. Di sebalik gaya rangginya, kenderaan ini menawarkan keupayaan meredah jalan kasar melalui penggunaan suspensi ‘offroad’ dan pilihan lima mod cengkaman Selec-Terrain. Harga yang ditetapkan untuk Cherokee Trailhawk adalah RM378,889.

 

Wrangler-Unlimited-Sahara-w-model-8-1024x682

 

Turut diperkenalkan adalah model ikonik Wrangler yang kini menggunakan enjin Pentastar 3.6 liter V6 VVT dan transmisi automatik lima kelajuan. Bagi model ini, tiga varian ditawarkan kepada pengguna iaitu Wrangler Rubicon, Wrangler Unlimited Sahara dan Wrangler Unlimited Sports dengan harga masing-masing RM338,889, RM328,889 dan RM248,889.

 

Kesemuanya masih menggunakan enjin dan transmisi sama tetapi mempunyai perbezaan pada kemasan, badan, sistem gandar, tayar dan kawalan sistem pacuan empat roda.

 

Compass-w-model-11-1024x682

 

Melengkapkan barisan model Jeep baharu di Malaysia adalah model Compass Limited yang menggunakan enjin empat silinder 2.4 liter dan transmisi enam kelajuan. Ia dijual pada harga RM248,889.

 

Sebagai sokongan kepada peminat Jeep dan pemiliknya, Jeep Malaysia juga membuka sebuah pusat 3S (perkhidmatan, jualan dan alat ganti) khas Jeep di Jalan Pelukis U1/46, Glenmarie, Shah Alam yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan yang lengkap.

 

 

setiap hari INFO LANJUT

maaf, tiada kiriman yang sepadan dengan kriteria anda.