.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan dari PLUS

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 07 July 2015

Sama seperti perayaan yang lain, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut mengeluar Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak di antara 16 hingga 20 Julai bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

TTA bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Pendekatan yang digunakan pihak PLUS ini adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, “Kami menasihati orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak supaya mengikuti TTA yang disediakan. Malah berdasarkan kajian kami, apabila ramai yang mematuhi TTA, perjalanan pulang ke kampung dan pulang semula ke kota akan menjadi lancar.”

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihati supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800-88-0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

PLUS 1

PLUS 2

PLUS 3

P

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.