.

Isuzu kekal taja Borneo Safari

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 15 September 2015

Isuzu Malaysia  disahkan akan terus kekal menjadi penaja berlian (Diamond Sponsor) bagi penganjuran Borneo Safari, edisi jubli perak pada tahun ini selepas mesyuarat antara Isuzu Malaysia dan Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Borneo 1

Mula melibatkan diri dalam acara Borneo Safari sebagai rakan media buat kali pertamanya pada tahun 2006, melalui perjanjian ini Isuzu Malaysia akan terus memberi sokongan bagi acara off-road paling mencabar di Asia untuk kali sembilan berturut-turut.

Menurut Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura, “Kami berbesar hati untuk melihat perkembangan acara Borneo Safari dan reputasi Isuzu sebagai salah sebuah kenderaan 4×4 paling lasak di pasaran dengan signifikan.”

Borneo Safari yang akan diadakan pada 25 Oktober hingga 1 November 2015 ini dijangka akan menerima penyertaan yang memberangsangkan mencecah lebih daripada 200 buah kenderaan. Untuk tahun ini, ia direka agar lebih kompak dari segi jaraknya namun tetap mencabar seperti tahun sebelumnya dengan tertumpu kepada kawasan tinggi Keningau dan Tenom.

D-MAX Monster

Bercakap selepas mesyurarat itu, wakil Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin mengakui sumbangan Isuzu sepanjang beberapa tahun ini memberi kesan mendalam ke atas persatuan terutamanya dari segi pendedahan tentang acara Borneo Safari.

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.