.

Isuzu ELF terlaris di Malaysia

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 23 February 2015

Trak tugas ringan ELF keluaran Isuzu merupakan antara trak terlaris untuk lima tahun berturut-turut sekali gus mengangkat jenama Isuzu sebagai jenama trak paling laris di Malaysia pada tahun 2014.

Berdasarkan statistik dari Persatuan Automotif Malaysia (MAA), trak tugas ringan Isuzu mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 4.5 peratus dengan 6,024 unit berbanding prestasi jualan tahun 2013 sebanyak 5,788 unit.

Penambahan peningkatan itu turut disumbangkan melalui pelancaran model baharu ELF generasi keenam pada April lalu dengan penambahbaikan signifikan dan lebih pratikal untuk pelanggan berbanding model trak N-Series.

Kurokawa & Hagiwara with ELF

(dari kiri) Pengurus Besar Kanan Kenderaan Komersial Isuzu Malaysia, Tatsuyuki Hagiwara dan Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia,Kimitoshi Kurokawa bersama trak tugas ringan terlaris di Malaysia, ELF

Berucap ketika mengumumkan kejayaan pengekalan posisi sebagai jenama terlaris, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kimitoshi Kurokawa berkata, “Keupayaan Isuzu untuk terus kekal menerajui pasaran adalah disebabkan produk-produk yang mengagumkan, di samping khidmat jualan dan selepas jualan serta operasi yang kukuh.”

Antara penyumbang kejayaan utama Isuzu Malaysia pada tahun 2014 adalah disebabkan rangkaian trak tugas ringan, trak tugas sederhana, trak tugas berat dan prime mover yang mencatatkan jualan sebanyak 300 unit.

Untuk mendapatkan trak-trak terlaris di Malaysia ini, kunjungi pengedar Isuzu berhampiran anda. Untuk senarai penuh pengedar, sila hubungi talian 1-300-88-1133 atau layari laman web www.isuzu.net.my