.

Infiniti kini di Malaysia

POSTED BY Kaynis Chong ON 17 October 2011

Cabang kenderaan mewah Nissan dari Jepun, Infiniti memulakan langkah di Malaysia dengan pembukaan pusat pameran di Chulan Square, Kuala Lumpur dan penjualan empat model kenderaan sebagai permulaan.

Ia adalah SUV FX37, Crossover EX37, sedan M37 dan Sports Coupe G37. Kesemua model kenderaan ini menggunakan enjin V6 3.7 liter yang sama. Menurut penjualnya, Inspired Motor Sdn Bhd (sebuah syarikat kerjasama Auto Dunia Sdn Bhd dan Edaran Tan Chong Motor), Infiniti mahu dikenali sebagai jenama kenderaan berprestasi dan mensasarkan penjualan kepada generasi muda yang inginkan sesuatu yang berbeza.

“Ketibaan Infiniti di Malaysia adalah selari dengan masa di mana jualan kenderaan mewah sedang meningkat naik. Buat masa ini kami mensasarkan perkongsian pasaran sebanyak lima peratus dalam kategori kenderaan mewah,” kata Timbalan Presiden Korporat Infiniti, Toru Saito.

Sementara terdapat sebuah pusat servis di Kuala Lumpur, pemilik Infiniti di luar Lembah Kelang boleh menggunakan khidmat pusat servis Edaran Tan Chong di seluruh negara. Namun sekiranya mereka memerlukan khidmat pakar, satu pasukan khas akan dihantar untuk menyelesaikan masalah pemilik.

Layari www.infiniti.com.my atau hubungi 03-21423332 untuk maklumat lanjut. – BH Auto, 17 Oktober 2011.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.