.

Hyundai Motor pamer karya inspirasi

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 17 August 2015

Hyundai Motor menjadi tuan rumah bagi kempen inspirasi untuk enam bandar di dunia yang menjadi pilihan perlancongan global iaitu; Istanbul, New York, Mexico, Barcelona, Paris dan Singapura dengan menjadi ‘teman perjalanan’ dalam merakam detik-detik berharga.

Hyundai Motor Unveils Mobile Artwork (2)Menurut Ketua Pemasaran Luar Negara Hyundai Motor Company, Scott Noh, “Visi korporat Hyundai dalam enam bandar pelancongan ini adalah unutk menjadi ‘rakan kongsi ketika di dalam mahupun di luar kereta’ dengan mewujudkan kenangan perjalanan melalui interaksi emosi setiap hari.”

Di Istanbul, New York dan Mexico, bas dan tramcar akan membawakan ilusi optik yang menakjubkan mengenai bandar-bandar untuk memberi insipirasi kepada pelancong dan penduduk tempatan. Karya seni kreatif terdiri daripada ratusan logo kecil Hyundai membentuk bangunan pencakar langit ikonik setiap ketiga-tiga bandar ini.

Manakala di Barcelona, Paris dan Singapura, pelancong menerima mesej menarik ‘Pengalaman Baru Menanti’ (A New Experience Awaits). Di bandar-bandar ini, pengangkutan awam di kawasan pelancongan utama dihiasi papran menarik di samping memperkenalkan SUV baharu, All-New Tucson.

Hyundai Motor Unveils Mobile ArtworkPelancong digalakkan untuk berkongsi selfie dan pengalaman peribadi yang melibatkan bas dan tramcar yang memaparkan karya seni Hyundai di Facebook, Twitter dan Instagram menggunakan hashtag #HyundaiTravelmate.

Semua imej yang dikongsi berpeluang untuk dimasukkan ke dalam foto-filem Hyundai Motor melalui saluran Facebook (Facebook.com/hyundaiworldwide), Twitter (Hyundai_Global) dan Instagram (Instagram.com/Hyundai_worldwide).