.

Honda City kini dalam warna baharu

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 19 August 2015

Model kereta jualan terbaik keluaran Honda, City kini ditawarkan dalam pilihan warna baharu, Dark Ruby Red Pearl.

Honda City_Dark Ruby Red Pearl_BackMenurut Honda Malaysia Sdn Bhd, pengenalan warna baharu ini berikutan maklum balas dari pelanggan Honda yang menginginkan warna baharu untuk model City.

Melalui pengenalan warna ini dijangka dapat meningkatkan permintaan untuk Honda City dalam kalangan eksekutif muda dan Honda menyasarkan penjualan 300 unit City dengan warna Dark Ruby Red Pearl.

Honda City dari segmen B dikuasakan dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC bersama transmisi CVT teknologi Honda Earth Dream.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran Honda atau hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.