.

Geneva Auto Show 2015

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 07 March 2015

Curi tumpuan, pelbagai model kenderaan termaju dipamer untuk tontonan

Memasuki penganjuran ke-85, pameran permotoran Geneva atau turut dikenali sebagai Salon International de l’Auto yang dijadualkan bermula 5 hingga 15 Mac 2015 ini diadakan di Geneva Palexpo, sebuah pusat konvensyen yang bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Geneva Cointrin.

Kenderaan dari pelbagai jenama dan segmen dipertontonkan kepada pengunjung, antaranya Mercedes-Benz, BMW, Porsche, Mitsubishi dan Audi. Berikut beberapa model menarik yang dipamerkan di Geneva.

 Mercedes-Benz AMG GT3

Mercedes-AMG GT3 2

Merupakan penampilan sulung model keluaran Mercedes yang menggantikan SLS AMG GT3. Menerima sentuhan lebih agresif dengan penggunaan badan karbon fiber yang membantu mengurangkan berat keseluruhan kereta ini.

Spesifikasi teknikal masih dirahsiakan, namun jangkaan yang mengatakan model ini akan dijana dengan enjin V8 6.3 liter bersama padanan transmisi enam kelajuan. Dikatakan akan mula memasuki pasaran lewat tahun 2015.

 Aston Martin DBX Concept

Aston Martin DBX 1

Kelainan utama pada kereta konsep keluaran Aston Martin ini terletak pada janaan kuasanya yang menggunakan janaan kuasa elektrik. Tampil dengan kemasan warna unik, Black Pearl Chromium, kereta konsep ini merupakan kereta pertama yang diberikan pemanduan pacuan semua roda.

DBX Concept ini dikatakan memberi takrifan semula bagi segmen GT mewah untuk abad ke-21, bukan sahaja menonjolkan ciri bergaya dan mewah, Aston Martin DBX Concept ini juga lebih praktikal, mesra keluarga dan lebih mesra alam.

Volkswagen Sport Coupe Concept GTE

VW Coupe 3

Kereta konsep keluaran Volkswagen ini dijana dengan sistem plug-in hibrid 3.0 liter V6 turbocaj yang berkemampuan menghasilkan kuasa maksimum pada 295hp bersama tork 369Nm dan motor elektrik dengan padanan dual-transmisi 6-kelajuan.

Kereta berbentuk coupe empat pintu dan hatchback ini dikatakan dapat meluncur sejauh 0 hingga 100km/j dalam tempoh 5 saat dengan kelajuan tertinggi 155km/j. Dengan tangki minyak penuh, kereta konsep ini dapat dipandu sejauh lebih 1,198.96 kilometer.

Infiniti QX30 Concept

Infiniti QX30 2

Dibangunkan dalam segmen crossover kompak premium, kereta konsep keluaran Inifiniti ini memiliki rekaan bentuk tajam, lasak bersama konsep rekaan bandar yang ideal. QX30 dijana dengan enjin 2.0 liter empat silinder turbocaj bersama padanan transmisi automatik 7-kelajuan.

Masih lagi menjadi tanda tanya, sama ada ia akan menggunakan enjin hibrid mahupun diesel, namun apa yang pasti, Inifiniti QX30 bakal memasuki proses pengeluaran pada tahun 2016 nanti.

Lexus LF-SA Concept

Lexus Concept 1

Dipamerkan buat kali pertama di pameran permotoran Geneva, Lexus LF-SA Concept yang dihasilkan dalam segmen ultra-kompak (sub B-segmen) memiliki kepanjangan 3,400 mm, 1,700 mm lebat dan 1,430 mm tinggi.

Didatangkan dalam warna Stellar Silver,keluasan ruang dalaman kereta konsep keluaran Lexus ini amat menakjubkan. Kunci yang kepada kualiti ini adalah melalui konsep rekaan ‘manipulation of lightness’.

Mercedes-Benz G500 4×4²

Mercedes-Benz G500 1

Dijana dengan enjin baharu, 4.0 liter V8 biturbo, Mercedes-Benz G500 4×4² yang membuat penampilan sulung pada pameran Geneva ke-85 ini berkemampuan menghasilkan kuasa pada 422hp bersama tork maksimum 610Nm.

Antara ciri menarik pada model ini adalah ia dilengkapi dengan pacuan semua roda, mod pemanduan Sport, tayar bersaiz 22 inci (boleh ditukar kepada tayar 18-inci).

Koenigsegg Regera

Koenigsegg 3

Regera merupakan hypercar hibrid pertama keluaran Koenigsegg yang dipamerkan pada umum yang dijana dengan plug-in hibrid, 5.0 liter twin turbo V8. Kenderaan ini juga boleh mengecas bateri 620 voltan 9-kWh, yang dibangunkan oleh Rimac.

Walaupun harga dan spesifikasi penuh masih dirahsiakan lagi, namun Koenigsegg Regera dapat meluncur sejauh 400km/j dalam tempoh 20 saat dan kelajuan kereta ini dapat ditingkatkan dari 150 hingga 250 km/j dalam masa 3.2 saat.

Volkswagen Caddy

VW Caddy 1

Dikatakan sebagai pesaing bagi Nissan NV200 dan Ford Transit Connect, Caddy keluaran Volkswagen ini hadir dengan empat pilihan enjin iaitu; 2.0 liter diesel ataupun enjin petrol 1.0 liter, 1.2 liter dan 1.4 liter.

Menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api dengan empat liter bagi setiap 100kilometer, Caddy dikatakan telah meletakkan satu aras baharu dalam aspek kecekapan penggunaan bahan api. Volkswagen Caddy mampu untuk memecut dari 0 -160 km/j (bagi transmisi DSG) dan 30-160km/j (bagi transmisi manual).

Renault Kadjar

Renault Kadjar 1

Dilancarkan pada bulan lalu secara atas talian, kini Renault Kadjar membuat penampilan sulungnya untuk tatapan umum di Geneva. Crossover kompak keluaran Renault ini dikatakan memiliki gabungan rekaan subkompak Captur dan supermini Clio.

Dengan ukuran 4.45 meter panjang, 1.84 meter lebar dan 1.6 meter tinggi, Kadjar menawarkan kapasiti ruang kargo sehingga 472 liter. Dijadualkan memasuki pasaran Eropah pada musim panas ini, Renault Kadjar didatangkan dalam pilihan enjin 1.5 liter turbodiesel dan enjin petrol 1.2 liter turbocaj.

Kia SportSpace Concept

Kia Sportspace 4

Hampir menyerupai Optima versi wagon, kereta konsep Kia SportSpace ini menjanjikan gaya dan pengangkutan menarik untuk empat penumpang. Dijana dengan enjin petrol 2.0 liter turbo, SportSpace berkemampuan menghasilkan kuasa pada 250 hp.

Kereta konsep keluaran Kia yang dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 20-inci ini direka dengan saiz 4855mm panjang, 1870mm lebar dan 1425mm tinggi.

 

 

 

 

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.