.

6 kereta konsep paling menarik dari Frankfurt

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 16 September 2015

Pameran Permotoran Antarabangsa Frankfurt 2015 saksikan pelbagai perkembangan dunia automotif global

 

Pameran skala besar yang bermula 17 hingga 27 September 2015 di Messe Frankfurt ini disertai lebih 1,000 peserta pameran dari 39 negara dengan pelbagai nama besar pengeluar kenderaan seperti Mercedes-Benz, Honda dan BMW.

Menyaksikan lebih 219 kenderaan yang membuat penampilan perdana global, termasuk kenderaan konsep. Berikut adalah lima kereta konsep antara yang paling menonjol.

 

Mercedes-Benz Intelligent Aerodynamic Automobile

Mercedes-Benz 3

Model konsep yang digelar Intelligent Aerodynamic Automobile (IAA) ini, direka dengan meneruskan gaya badan S-Class dan S-Class Coupe, seterusnya diperlengkap dengan fungsi berasaskan sentuhan.

IAA yang dapat menjana kuasa maksimum pada 279hp ini, boleh bertukar bentuk pada kelajuan 80km/dan menjadi lebih aerodinamik dan kadar rintangan anginnya menjadi semakin kurang ke tahap 0.19.

 

Bugatti Vision Gran Turismo

Bugatti VGT 1

Kereta konsep dari Bugatti yang disifatkan mampu mencecah kelajuan maksimum 400 km/j ini diadaptasi daripada permainan video PS3, sekali gus dianggap sebagai pratonton kepada model debut dari jenama ini yang akan menggantikan model Veyron.

Bugatti VGT yang akan dilengkapi dengan sistem pemanduan 4WD ini dibangunkan dalam tempoh enam bulan dilihat sebagai memiliki pengaruh kereta ikonik seperti Type 57 Atlantic 1936 dan Type 57 G Tank yang digabungkan dengan DNA Veyron.

 

Land Rover Defender Pedal Car

Land Rover 1

Direka untuk dipamerkan buat pertama kali di Pameran Permotoran Frankfurt, kereta konsep dari Land Rover yang dijangka akan mula memasuki pasaran pada musim bunga 2016 ini akan dijual pada harga RM66,356.72 (USD15,430) bagi model produksi sebenarnya kelak.

Kereta konsep yang diilhamkan oleh gaya kenderaan pra-pengeluaran pertama Land Rover ini dilengkapi dengan wajah depan yang lebih realistik, bingkai badan aluminium dan tayar off-road gaya retro.

 

Toyota C-HR

Toyota C-HR 1

Dipamerkan pertama kalinya setahun lalu di Pameran Permotoran Paris, versi terkini kereta konsep yang sama kini tampil dengan rekaan lebih terperinci dan model pengeluarannya dijadualkan pada Mac tahun hadapan di Geneva.

Dibangunkan dengan enjin hibrid penuh dengan enjin petrol yang memiliki kecekapan haba lebih 40 peratus bersama motor elektrik baharu dan bateri yang lebih ringan dan padat, C-HR dari Toyota ini dijangka akan mula memasuki pasaran pada separuh kedua 2016.

 

Citroen Cactus M

Citroen Cactus 3

Model kereta konsep ini digambarkan sebagai versi Cactus C4 namun diberikan sentuhan berbeza pada bumbung yang juga dapat berfungsi sebagai khemah apabila ditanggalkan daripada kereta. Selain itu kereta jenama dari Perancis ini juga dikatakan mewakili semangat yang sama pada kereta klasik Mehari, dan dijangka berkemungkinan besar akan dikeluarkan untuk menggantikan model klasik berkenaan.

 

Nissan Gripz

Nissan Gripz 3

Dibangunkan dengan gabungan ciri ‘keupayaan dan crossover kompak praktikal’ bersama ‘keseronokan dan prestasi kereta sport’, kereta konsep Nissan Gripz yang dipamerkan buat pertama kali untuk tatapan umum ini memiliki rekaan badan padat dengan reka bentuk inovatif.

Menampilkan rekaan jeriji bentuk V, lampu hadapan dan belakang berbentuk boomerang, model ini dikatakan akan dijana sistem hibrid dengan enjin petrol.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.