.

Elegan janaan petrol

POSTED BY Kaynis Chong ON 16 April 2015

Citroen Grand C4 Picasso 1.6L e-THP petrol dilancarkan pada harga RM179,888

Merujuk kepada namanya sahaja, tentu ramai yang sudah menyangka bahawa Citroen Grand C4 Picasso merupakan sebuah kenderaan yang unik. Tanggapan itu tentulah tidak tersasar, terutama selepas melihat reka bentuk dan penawaran pada kenderaan jenama Perancis ini.

Gaya elegan yang menjadi pesonanya diserlahkan melalui garis badan dengan aliran yang menonjol, dan disempurnakan oleh perincian lain seperti lampu siang LED (termasuk lampu LED 3D bahagian belakang), lampu kabus, rim aloi 18 inci serta yang paling unik, bumbung panoramik.

Utamakan keselesaan

Pada bahagian dalaman, pengalaman dan keselesaan penumpang sentiasa menjadi keutamaan. Ia antara lain dilengkapi dengan skrin HD 12 inci berserta sistem pandu arah dan paparan kamera undur.

Sistem sokongan elektronik menjadikan Citroen Grand C4 Picasso memiliki pakej keseluruhan yang memberi nilai tambah kepada pengguna. Ciri seperti kamera undur misalnya membantu memudahkan pemandu ketika ingin meletakkan kenderaan dengan paparan persekitaran dari sudut pandang 360 darjah.

Mengambil kira kenderaan jenis ini selalu digunakan untuk perjalanan jauh, aspek keselesaannya dipertingkat. Sebagai contoh, kelengkapan ciri mengurut pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, tempat duduk berasingan di bahagian belakang serta meja lipat bersama lampu membaca untuk penumpang belakang.

Citroen Grand C4 Picasso 1.6L e-THP-0014Prestasi dan penjimatan

Untuk menjadikan kenderaan ini seimbang di antara keselesaan, penggayaan dan prestasi, enjin 1.6L e-THP petrolnya menjadi nadi utama. Enjin berkenaan dibangunkan dengan menepati tahap piawaian terkini bagi industri automotif global.

Penggunaan bahan api yang lebih baik dan cekap mampu dicapai hasil daripada pengenalan ciri ‘Start & Stop’, transmisi EAT6 yang lebih cekap, pengurusan tenaga elektrikal dan hidraulik optimal dan pengurangan geseran komponen enjin. Kuasa lebihan pula diperoleh daripada rekaan turbo bertekanan tinggi baharu.

Bagi aspek keselamatan pula, Citroen Grand C4 Picasso dilengkapi dengan Sistem Amaran Risiko Pelanggaran (Collision Risk Alert), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Start Assist), Sistem Amaran Lorong (Lane Departure Warning System), Sistem Pemerhati Titik Buta (Blind Spot Monitoring System) dan Program Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Programme) yang termasuk di dalamnya ciri-ciri seperti ABS, EBFS, EBA, DSC dan TCS.

Citroen Grand C4 Picasso 1.6L e-THP dilancarkan pada Khamis dan dijual pada harga RM179,888. Ia boleh didapati dalam empat warna berbeza iaitu Blue Teles, Blanc Banquise, Rouge Babylone dan Noir Onyx.

Citroen Grand C4 Picasso 1.6L e-THP-0012Cekap tenaga, 70 kilogram lebih ringan

PSA Peugeot Citroen membangunkan platform EMP2 (Efficient Modular Platform) untuk kereta bersaiz sederhana dan kompak; ia menggantikan dua platform berasingan yang digunakan dahulu, iaitu PF2 dan PF3.

Kini, platform terbaharu berkenaan turut digunakan pada model Citroen Grand C4 Picasso. Oleh kerana pendekatan ciri modular yang menjadi kelebihannya, ini membolehkan platform berkenaan disesuaikan bagi digunakan sama ada untuk kenderaan dengan jarak roda pendek mahupun panjang (short/long wheelbase).

Berbanding platform PF2 terdahulu, EMP2 dibangun menggunakan bahan campuran besi berkekukuhan tinggi, aluminium dan aloi magnesium serta bahan komposit lain yang menyumbang kepada pengurangan berat sebanyak 70 kilogram.

Citroen Grand C4 Picasso 1.6L e-THP-0007Enjin petrol

Varian terbaru Citroen Grand C4 Picasso yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dilengkapi dengan enjin petrol 1.6L e-THP 165.

Berdasarkan enjin Prince yang dibangunkan bersama dengan BMW, enjin berkenaan antara lain menepati piawaian tertinggi industri, mendapat pertambahan 10hp kuasa dan mencatatkan pengurangan penggunaan petrol sehingga 18 peratus.

Penjimatan petrol berkenaan mampu di capai melalui beberapa langkah; pengenalan teknologi Start/Stop, sistem transmisi automatik EAT6, sistem pengurusan cekap bagi tenaga elektrik dan hidraulik serta pengurangan geseran bagi komponen enjin melalui penggunaan pelindung karbon.

Citroen Grand C4 Picasso 1.6L e-THP-0023Spesifikasi Citroen Grand C4 Picasso (Petrol)

Enjin: 1.6L e-THP 165, 1,598cc
Kuasa maksimum: 163hp @ 6,000rpm
Tork maksimum: 240Nm @ 1,400rpm
Transmisi: Automatik 6-Kelajuan
Kelajuan maksimum: 201kmj
Penggunaan bahan api: 5.8 liter per 100 kilometer (gabungan)
Kapasiti tangki petrol: 55 liter

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.