.

Ekspedisi solo Kuala Lumpur – Borneo penuh kepuasan

POSTED BY Kaynis Chong ON 28 December 2011

Ekspedisi solo dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke Borneo melangkapkan jelajah seluruhMalaysiasaya bagi tahun 2011. Bumi Borneo, atau lebih tepat Sabah dan Sarawak yang dipisahkan Laut Cina Selatan pilihan saya untuk menjelajah secara solo (dengan sebuah kenderaan 4×4) bersama isteri dan empat anak, berusia 1 tahun hingga 10 tahun.

Meminati aktiviti pemanduan offroad dan ekspedisi jarak jauh sejak dulu, saya ingin merasai sendiri pengalaman memandu diBorneo, yang jarang-jarang di lakukan terutama dengan kenderaan yang dibawa khas dari Semenanjung.

2 Disember – Kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero L047 yang di bawa khas menggunakan kapal ke Kota Kinabalu memulakan ekspedisi ini.  Jelajah pertama yang dilakukan adalah ke kawasan pelancungan di daerah Tamparuli, iaitu ke kawasan perkelahan Kampung Kiulu yang terletak 60km dari Kota Kinabalu. Kialu yang terkenal dengan kawasan ‘water rafting’ memiliki sungai yang begitu cantik dan nyaman.

3 Disember – Ekspedisi yang mendapat sokongan penuh 4wd-suv.com ini menjelajah ke ‘tip of Borneo’, iaitu titikBorneo paling hujung yang terletak di Simpang Mengayau, Kudat sejauh 200km. Dari Kudat, kami melalui pula Kota Belud, Marudu dan menaiki banjaran menuju laluan Taman Kinabalu melalui Nabalu terus ke Kundasang. Cuaca hujan sepanjang perjalanan dari Kota Belud ke Kundasang memerlukan pemanduan yang berhati-hati, terutama melalui kawasan bukit, jalan selekoh tajam dan berkabus. Ekspedisi tiba di ’homestay’ milik Shamrie di Kundasang pada jam 8.00 malam.

4 Disember – Ekspedisi di teruskan menuju Lahad Datu, iaitu sejauh  430km pemanduan melalui jalan menuruni dan mendaki bukit yang panjang dari Ranau sehingga sempadan Kinabatangan. Berehat seketika di Telupid, perjalanan di teruskan dengan melalui Bandar Check Point menuju ke Sandakan untuk melihat keunikan Sandakan. Jam 3.00 petang, perjalanan di teruskan pula menuju ke Lahad Datu dan tiba di sana pada jam 8.00 malam.

5 Disember – Ekspedisi bermula pada jam 7.30 pagi menuju ke Tawau, melibatkan perjalanan sejauh 160km. Perjalanan melalui kawasan tanaman kelapa sawit yang begitu besar milik ladang-ladang terkenal di Sabah. Melalui pekan Kunak , ekspedisi tiba di Tawau pada jam 1.00 tenga hari dan diteruskan dengan lawatan sekitar Tawau, yang terkenal dengan destinasi makanan laut. Hasil laut kering dan basah yang di tawarkan di Pasar Tawau, merupakan hasil laut kelas pertama, yang tiba secara terus dari nelayan ke pasar.

6 Disember – Ekspedisi hari bermula seawal 7.00 pagi, yang menyaksikan di antara laluan paling mencabar sepanjang di sana, melibatkan pemanduan melalui laluan ‘gravel’ sepanjang 140km bermula dari Kalabakan ke Sapulut. Melalui laluan Tawau ke Merontai dan Kalabakan, laluan ini ialah laluan pengangkut balak dan laluan alternatif menuju ke Kota Kinabalu. Walaupun laluan ini hanya boleh di gunakan oleh kenderaan pacuan empat roda, kerajaan Sabah sedang berusaha menambahbaik laluan ini supaya turut boleh digunakan oleh kenderaan biasa. Dengan laluan yang berbatu, berlubang dan mendaki bukit, perjalanan melalui laluan gravel ini begitu perlahan dan berhati-hati. Melalui laluan pintu masuk ke hutan tertua di dunia, Maliau Basin, ekspedisi tiba di Sapulut jam 3 petang. Sapulut kembali melalui laluan bertar dan terus menuju ke Keningau. Ekspedisi tiba di Keningau jam 5.00 petang.

7 Disember – Ekspedisi seawal jam 8.00 pagi menuju ke Lawas. Ia adalah ekspedisi terakhir di Sabah dan akan memasukiSarawakpada sebelah petang. Laluan bermula dengan mendaki Banjaran Crowkers yang terkenal dengan laluan tanpa membelah bukit, adalah jalan yang paling cerun mendaki dan menuruni cerun diMalaysia. Mendaki terpaksa menggunakan gear 1, menguji tahap pemanduan pacuan empat roda secara maksima dan menuruni sehingga mencapai pada tahap 25 peratusan kecerunan. Ketinggian paling atas yang sejuk, memberi pengalaman pertama memandu di dalam kawasan berkabus yang agak tebal sepanjang 10 km di atas Banjaran Crowkers yang paling unik diBorneo. Melalui Kimanis dan Membakut, ekspedisi melalui Kampung Pimping menuju Kuala Penyu untuk kemudiannya menaiki feri tertua diSabahyang berusia 30 tahun. Feri yang mampu membawa cuma 4 buah kenderaan pada satu masa akan di tamatkan tugasnya pada awal Feb 2012 di mana jambatan menghubungkan Kuala Penyu akan di siapkan. Menjadi sejarah ekspedisi ini kerana kami turut melalui Feri Kuala Penyu. Melalui Membakut, ekspedisi untuk check point imigresen di Sindumin dan seterusnya memasuki sempadan Sarawak dan tiba di Lawas pada jam 5.00 petang. Lawas yang terkenal dengan pekan paling hampir untuk destinasi offroad lasak menuju ke Bakalalan, destinasi offroad terkenal.

8 Disember – Ekspedisi meneruskan perjalanan ke Brunei Darussalam. Melalui checkpoint imigresen Malaysia,  Mengkalap di Lawas dan imigresen Brunei di Labu, Temburong dan seterusnya memasuki Brunei. Melalui daerah Temburong Brunei, melalui kawasan kampung Brunei. Sekali lagi check point imigresen Brunei di Kampung Puni, Temburong perlu di lepasi sebelum menaiki Feri di sempadan Brunei – Malaysia. Memasuki Malaysia kembali melalui Limbang, check point sekali lagi di buat di imigresen Malaysia di Pandaruan,  dan seterusnya memasuki Limbang, Sarawak. Bandar Limbang terkenal dengan destinasi kepada masyarakat Sarawak – Brunei di mana pelbagai keperluan harian mudah di dapati di sini. Ekspedisi di teruskan menuju Brunei dengan melalui dua check point iaitu imigresen Malaysia, Tedungan Limbang dan Kuala Lurah, Brunei Darussalam. Kesesakan selama 3 jam untuk melepasi Imigresen Brunei. Ekspedisi tiba di Bandar Seri Bengawan pada jam 5.00 petang. Brunei Darussalam terkenal dengan keunikan Negara yang bersih dan indah.

9 Disember – Ekspedisi di teruskan dengan sesi melawat sekitar Bandar Seri bengawan dan seterusnya menuju Miri. Melalui lebuh raya Kuala Belait, ekspedisi sampai ke check point terakhir imigresen Brunei Darussalam iaitu diSungai Tujuh,Brunei. Melepasi Sungai TujuhBrunei, ekspedisi memasuki kembaliMalaysiasetibanya di imigresenMalaysia, Sungai Tujuh, Miri. Miri yang terkenal dengan tempat penemuan minyak terawal diMalaysia, menjadikan Miri di antara Bandar paling pesat diSarawakselepas Sibu dan Bintulu. Ekspedisi berehat di Miri

10 Disember – Ekspedisi di teruskan ke Sibu sejauh 450km perjalanan. Melalui Bintulu, sebuah bandar yang pesat membangun, ekspedisi melalui kawasan-kawasan menarik sepanjang perjalanan. Menggunakan lalaun jalan raya Pan Borneo, laluan ini adalah laluan merentasi dari Kucing menuju ke Miri. Tiba di Sibu pada jam 8.00 malam setelah melalui laluan jalanraya yang kurang baik di sebabkan kerosakan akibat kenderaan berat.

11 Disember – Ekspedisi disambung untuk terus menuju ke Kuching iaitu sejauh 400km. Ekspedisi melawat bandar Sibu, yang mana terkenal dengan bandar yang sibuk dengan pengangkutan air, di mana Sungai Rajang, merupakan nadi sumber pengangkutan. Kesibukan Terminal Penumpang Sibu, iaitu sebuah terminal feri paling sibuk di Malaysia, menjadikan kami teruja melihat kesibukan pengangkutan air ini di Borneo. Terminal Feri ini membawa penumpang dari daerah paling jauh pendalaman Sarawak iaitu Kapit sejauh 126 km menaiki feri penumpang. Bukan sahaja feri penumpang, kapal kargo muatan kontena, kayu balak dan pasir juga menggunakan laluan air Sungai Rajang ini. Ekspedisi melalui laluan Betong dan tiba di Seri Aman untuk rehat. Ekspedisi di teruskan dalam cuaca hujan lebat melalui Serian dan tiba di Kuching pada jam 8.00 malam.

12 Disember – Ekspedisi di teruskan menuju ke daerah sempadan Sarawak – Indonesia iaitu Serikin. Serikin terkenal dengan destinasi membeli-belah hasil kraftangan kampung selain Tebedu. Dengan melalui laluan Bau, kawasan pendalaman ini masih menghijau. Ekspedisi kembali ke Kuching dan melawat tampat pembuatan pasuSarawakdi jalan Serian.

13 Disember – Ekspedisi menuju ke tempat menarik sekitar Kuching dengan menuju ke Santubong, Kampung Budaya dan melawat bandaraya Kucing. Ekspedisi tamat di Hotel 360 Kuching dengan melalui laluan jalan raya Borneo sejauh 3,151km secara solo selama 12 hari perjalanan dengan cabaran pemanduan luar biasa di bumi Borneo yang perlu di rasai oleh warga Malaysia. Kenderaan kembali ke Kuala Lumpur menggunakan kapal dari Kucing ke Port Klang. – Zulnizam Shahrani, 28 Disember 2011.

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.