.

D-Max Artic gaya urban

POSTED BY Kaynis Chong ON 22 September 2014

Edisi terhad hanya kepada 510 pelanggan

D-Max Artic 09

Isuzu Malaysia kini memperkenalkan Isuzu D-Max Artic dengan pakej kosmetik penggayaan urban yang ditawarkan bagi D-Max varian 2.5 liter dan juga 3.0 liter. Edisi terbaru ini terhad kepada 510 unit D-Max sahaja.

Perbezaan pada model edisi khas ini ialah penggunaan warna ‘Pearl White’ yang jarang digunakan untuk trak pikap dalam pasaran Malaysia. D-Max Artic turut menempatkan penggunaan Daytime Running Light (DRL), rim Lenso Hyper-Silver 17 inci, pelindung V-Lid bagi bahagian kargo, pemijak sisi aluminium warna putih serta palang pengukuh(roll-bar) yang turut ditawarkan sebagai pilihan kepada pelanggan.

“Isuzu ingin menawarkan sesuatu yang segar dan berlainan kepada pelanggan. Terutama bagi mereka yang menggunakannya di kota, D-Max Artic memiliki ciri dan gaya yang menonjol dan tersendiri untuk imej urban berkenaan, tetapi kekal dengan kuasa dan prestasi yang sama seperti varian lainnya,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida.

Ruang kabin D-Max Artic turut menerima sentuhan baharu yang lebih mewah; tempat duduk kulit rona coklat, penggunaan perincian kayu pada bahagian pemegang pintu, tikar khas dalam pakej yang sama serta paparan skrin multimedia 2-DIN dengan kamera undur.

Isuzu D-Max Artic dijual pada harga permulaan RM103,698 hingga RM112,760, bergantung kepada pilihan pakej.