.

Berita: Ford giat kukuhkan jenama di Malaysia

POSTED BY Kaynis Chong ON 05 August 2011

Ford minggu ini mengumumkan pertumbuhan ketara yang dicatatkan dari segi  jualan dan bahagian pasaran di Malaysia, mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama automatif paling pantas berkembang untuk tahun ini, dengan jualan kenderaan kini mencecah 3,458 unit, membolehkan jualan Ford meningkat 230 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Langkah memperkenalkan kenderaan mesra alam prestasi tinggi dengan reka bentuk inovatif dan pintar mengukuhkan lagi reputasi Ford di rantau ini. Sebagai pengiktirafan kerana pencapaianya, Ford juga meraih tiga anugerah di Anugerah Asian Auto baru-baru ini atas kecemerlangan Ford Fiesta, Ford Mondeo dan juga Ford S-Max MPV.

“Kami berbangga kerana diiktiraf dengan anugerah yang menjulang nama kenderaan kami bagi anugerah berkenaan. Pengguna Malaysia memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap kenderaan Ford dan kami yakin dapat memenuhi keperluan, kehendak dan jangkaan pelanggan kami. Pertumbuhan pasaran luar biasa yang kami catatkan diMalaysiamembulatkan komitmen kami kepada pelanggan dan juga rantau ini,” ujar David Westerman, Pengurus Serantau Asia Pasifik – Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford.

– Kini Ford yang diedarkan oleh Sime Darby AutoConnexion mempunyai rangkaian 37 bilik pameran dan 32 pusat khidmat pelanggan sedia ada.

– Jualan keseluruahan Ford semakin meningkat, antara lain disumbangkan oleh model popular syarikat itu yang diperkenalkan pada Oktober 2010, Ford Fiesta. Pada separuh pertama 2011 sahaja sejumlah 2,000 unit model berkenaan sudah terjual.

– Untuk Anugerah Asian Auto baru-baru ini, tiga model Ford menerima pengiktirafan; Ford Mondeo EcoBoost (Sedan Keluarga Prestasi Tinggi Terbaik), Ford S-Max EcoBoost MPV (MPV Mewah Nilai Wang Terbaik) dan Ford Fiesta 1.6 5DR (Kereta Kompak Nilai Wang Terbaik).

“Situasi sekarang amat menggalakkan bagi jenama Ford di Malaysia. Dalam tempoh beberapa tahun lepas, kami telah melancarkan tujuh model baru atau diubah suai di pasaran dan pengguna ternyata kagum dengan tawaran produk kami. Tahun ini sahaja jualan kami telah meningkat tiga kali ganda, menjadikan Ford jenama automatif paling pantas berkembang di Malaysia. Tetapi kami tidak akan leka, dan berpegang teguh kepada komitmen Ford di rantau ini, kami akan terus membekalkan kenderaan yang inovatif, selamat dan mesra alam.” jelas Westerman. – BH Auto, 5 Ogos 2011.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.