.

Berita: Bilik pameran dan model baru Renault

POSTED BY Kaynis Chong ON 13 March 2014

Premis di Glenmarie jadi cawangan pameran ke empat TC Euro Cars

Pengedar kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars Sdn Bhd (TCEC) minggu lalu merasmikan pembukaan cawangan dan bilik pameran terbaru jenama itu bertempat di Glenmarie, Shah Alam. Menjadi cawangan rasminya yang ke empat setakat ini, premis berkenaan bakal mempamerkan model-model utama Renault seperti Megane RS 265 Red Bull Racing RB8, Koleos serta dua model terbaru yang bakal dilancarkan nanti, Fluence petrol pemasangan tempatan dan Clio RS.

Turut diperkenalkan pada majlis sama ialah varian terbaru Renault Koleos, yang kali ini didatangkan dengan sistem pacuan 4×2 yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah, RM185,888. Varian Koleos yang terdahulu diperkenalkan ialah versi pacuan 4×4 dengan harga jualan sekitar RM230,000.

“Dengan pembukaan bilik pameran dan cawangan terbaru ini, TCEC merancang untuk memperkukuhkan jenama Renault pada 2014 dan berharap untuk memenuhi permintaan dan keperkuan pelanggan kami,” jelas Pengarah TCEC, Kuan Kim Kuek.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.