.

Bateri Hitachi mula dijual

POSTED BY Khir Wahid ON 24 June 2015

Menerusi kerjasama antara Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte Ltd (HCAP) dan Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd (Borneo Technical), bateri jenama Hitachi termasuk siri ES akan diedarkan di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak mulai Mei 2015.

Bateri Hitachi berkualiti tinggi, bebas dari penyelenggaraan dan dihasilkan dengan 100 peratus teknologi Japan yang menawarkan pemilik kenderaan kebolehpercayaan, nilai dan pemilikan dengan ketenangan fikiran. Bateri Hitachi menawarkan jaminan selama 2 tahun, menjadikannya perlindungan terlama di Malaysia bagi produk bateri kualiti tinggi MFX.

HCAP diwakili oleh Pengarah Urusannya, Shigeru Fujita; sementara Borneo Technical diwakili of Presiden Syarikat, Takuya Hirano. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Jualan dan Pemasaran Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte- Ltd, Jackie MK Chuah; dan Naib Presiden Teknikal Borneo, YK Chow.

“Malaysia merangkumi pasaran terbesar bagi kenderaan bermotor di ASEAN. Hari ini, terdapat 20 juta kereta dan kenderaan lain di negara ini. Bilangannya semakin bertambah dengan perkembangan ekonomi menyebabkan ramai pengguna dapat membeli kenderaan.

Rangkaian bateri Hitachi boleh didapati di lebih 5,000 pengedar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Harga bagi siri MFX bermula dari RM350 per unit sementara siri ES bermula dari RM250. Semua bateri ini dihasilkan oleh kilang Hitachi Chemical Group di Japan dan Thailand.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.