.

Bangkok ke Singapura dengan satu tangki

POSTED BY Khir Wahid ON 05 May 2015

Hanya dengan Isuzu D-MAX

Isuzu sekali lagi membuktikan keunggulan dari segi penjimatan bahan apinya apabila empat unit trak pikap Isuzu D-Max berjaya menyempurnakan perjalanan sejauh 1,809km dari Bangkok ke Singapura menggunakan kurang daripada satu tangki bersaiz 76 liter.

Dura-Miles challenge finishPencapaian bersejarah itu merupakan yang pertama buat Isuzu D-MAX generasi kedua. Ia turut memperbaiki rekod generasi sebelumnya yang menamatkan pemanduan dari Bangkok ke Melaka dengan jarak sejauh 1,600km pada tahun 2011.

Dikenali sebagai peneraju penjimatan bahan api selepas menerima Anugerah Penjimatan Bahan Api Asean Auto untuk kategori trak pikap selama enam tahun berturut-turut, kemampuan empat unit Isuzu D-MAX mencatat rekod baru itu memang tidak mengejutkan.

ISUZU D-MAX 2015-0000

Trak pikap dan konvoi itu dipantau rapi oleh pegawai Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang mengesahkan bahawa semua kenderaan mengikut spesifikasi pengeluar sebaik sahaja Cabaran Dura-Miles itu tamat. Secara signifikannya, empat unit Isuzu D-MAX telah dipilih iaitu model 2.5 liter dan 3.0 liter bertransmisi manual dan automatik jenis pacuan 4×4 yang boleh dipilih (selectable).

“Walaupun kenderaan pacuan empat roda menawarkan penyelesaian praktikal bagi mereka yang gemar menjalani gaya hidup aktif, ia juga mempunyai reputasi sebagai jentera yang tidak menjimatkan minyak. Namun, hasil daripada keseimbangan kuasa dan kejuruteraan, Isuzu D-MAX menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api yang tiada tandingan kepada pengguna,” kata Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida yang berada di Singapore Discovery Centre untuk menyambut ketibaan konvoi terbabit.

ISUZU D-MAX 2015-0006

Semua trak pikap tersebut dipandu dalam kondisi yang ekstrem termasuklah suhu mencecah 40 darjah selsius selain berdepan rebut petir di Malaysia. Sepanjang perjalanan, pendingin hawa di pasang berikutan cuaca yang begitu panas.

Pengurus Kanan Jabatan Perancangan Produk dan Jenama Isuzu Malaysia, Wan Zaqi Zacary memberitahu, “Pasukan jurutera Isuzu memberi penekanan terhadap aspek aerodinamik. Buktinya, mereka menggunakan terowong angin kereta api laju untuk membangunkan bentuk D-MAX baharu”.

ISUZU D-MAX 2015-0009

Lebih mengagumkan, Isuzu D-MAX turut menerima pelbagai anugerah dalam aspek lain seperti Kenderaan Terbaik dalam cabaran Borneo Safari 4×4, anugerah Trak Pikap Terbaik NST-Maybank dan Trak Pikap Paling Bernilai untuk Wang oleh pihak Asian Auto.

Terdahulu, keempat-empat buah trak pikap itu dilepaskan dari pengedar Isuzu Ung Nguan Tai di Bangkok oleh Ishida, Ahli Jawatankuasa AAM, Ahmed Ismail, Naib Presiden Kanan Tripetch Isuzu Sales Co. Ltd., Panadta Chenavasin dan Naib Pengarah Urusan Jualan Ung Nguan Tai Isuzu, Tanavit Pitaksith.

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.