.

Bahang Frankfurt

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 20 August 2015

Perhatian dunia automotif semakin tertumpu ke Eropah

Hanya beberapa minggu sahaja lagi, Pameran Permotoran Frankfurt (IAA) di Jerman akan membuka tirainya. Seperti biasa bagi peminat kenderaan, apabila tiba sahaja waktu acara besar seperti ini, yang menjadi tumpuan adalah model-model baharu.

infiniti Q30Pengeluar nama-nama besar memang akan mengambil kesempatan untuk menjadikan acara ini sebagai tapak pengenalan model baharu mereka. Sebagai contoh, Ferrari dikatakan akan menampilkan F12 Berlinetta sementara Jaguar pula akan membawa crossover pertamanya, F-Pace.

Namun, antara yang ditunggu adalah ‘adik’ kepada Porsche Panamera yang digelar sebagai Pajun. Berita kemunculannya telah berlegar selama beberapa tahun, tetapi kehadirannya semasa IAA 2015 kedengaran begitu meyakinkan.

Mazda juga akan mempamerkan kepada umum sebuah kenderaan konsep crossover yang dinamakan sebagai Koeru, dan ia dijangka dapat memberi gambaran hala tuju rekaan untuk model produksi CX-4.

Mazda KoeruBanyak lagi model yang dijangka muncul semasa IAA, Jerman nanti namun kebanyakan pengeluar masih berahsia dan ingin menjadikan kehadiran pengunjung semasa acara nanti lebih bermakna apabila melihat sendiri model-model baharu mereka.