.

Aprilia SR Max 300 kini berada di pasaran

POSTED BY Durrani Sharom ON 03 July 2015

IMG_2015

 

Skuter serba boleh

 

Selepas mempunyai skuter berprestasi tinggi SRV 850 di dalam barisan produk yang ditawarkan di Malaysia, pengimport rasmi Aprilia, Naza Premira Sdn Bhd melancarkan pula SR Max 300 – sebuah skuter yang dikuasakan enjin 278cc dan masih membawa DNA sport Aprilia.

Berkemampuan menghasilkan 22hp dan 23Nm tork, SR Max 300 sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian mahupun perjalanan jauh. Ia memberikan gambaran elemen Aprilia yang tepat, menawarkan praktikaliti, serba boleh dan prestasi dalam satu platform.

IMG_2013Aprilia SR Max 300 mempunyai karekter yang lincah berdasarkan berat cuma 161kg dan kedudukan menunggang yang tegak membolehkan penunggang mengawal motosikal dengan lebih mudah.

Dalam aspek praktikaliti, Aprilia SR Max 300 menyediakan ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduknya, boleh menmpatkan sebuah helmet muka penuh (fullface) dan pelbagai lagi kelengkapan menunggang atau barangan lain. Di situ juga terdapat soket pengecas untuk alat elektronik.

IMG_2019Untuk memastikan kestabilan berada di tahap optimum, SR Max 300 dilengkapi dengan suspensi skuter yang besar; penyerap hidraulik 35mm di hadapan dan penyerap yang boleh dilaras bahagian pra bebannya di belakang. Ini berpadanan dengan inti pati sport yang ada padanya dan apabila digabung dengan berat yang cuma 161kg, perkara yang dijamin pada penunggang adalah kepuasan.

Selain itu, aspek ergonomik turut diambil penting pada SR Max 300, di mana tempat duduk  dwi warnanya diperbuat daripada fabrik sport yang dilengkapi penyokong belakang untuk keselesaan penunggang manakala bahagian penumpang pula cukup lebar.

3Aprilia SR Max 300 boleh didapati dalam dua warna iaitu Nero Aprilia (merah) dan Bianco Glam (putih), dengan harga jualan RM28,800 (termasuk GST, tanpa insurans) bagi 50 pembeli terawal. Selepas itu, ia akan dijual pada harga normal iaitu RM31,800 (termasuk GST, tanpa insurans). Jaminan pengeluar yang diberikan pula adalah selama dua tahun atau 20,000km.

 

SPESIFIKASI

 

Aprilia SR Max 300

 

Enjin: 278cc, satu silinder, 4 strok, 4 injap

Transmisi: Automatik CVT dengan Torque Server

Kuasa maksimum: 22hp @ 7,250rpm

Tork maksimum: 23Nm @ 6,000rpm

Suspensi hadapan: Fork teleskopik hidraulik 35mm

Suspensi belakang: dua penyerap hentak hidraulik dengan pelarasan spring

Brek hadapan: cakera 260mm

Brek belakang: cakera 240mm

Kapasiti tangki: 15.5 liter

Harga: RM RM28,800 (termasuk GST, tanpa insurans) bagi 50 pembeli terawal