.

20 pemilik Toyota melancong ke Tokyo

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 31 August 2015

Selepas dua bulan tempoh penganjuran peraduan ‘Buy & Win’, akhirnya nama pemenang bagi peraduan yang menerima 12,700 penyertaan ini berjaya diumumkan Toyota dengan menyaksikan 20 pemilik Toyota memenangi hadiah utama berupa pakej perjalanan selama 5 hari 4 malam ke Tokyo.

Chan Yuet Ling receiving the mock ticket with Toyota Sec 19 Petaling Jaya branch manager Rudyianto

10 daripada 20 pemenang dari seluruh Malaysia yang akan mengunjungi Tokyo Motor Show 2015 akan bermula 29 Oktober hingga 8 November dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya ini membeli sebuah Vios, empat Hilux dan bakinya tiga Camry Hybrid dan tiga Corolla Altis.

Menurut Chan Yuet Leng yang membeli Toyota Vios dari pengedar Toyota di Seksyen 19, Petaling Jaya, “Saya terkejut apabila mengetahui saya memenangi hadiah yang besar seperti ini memandangkan saya tidak pernah memenangi apa-apa peraduan sebelum ini. Bagaimanapun selepas saya melayari laman web Toyota dan menghubungi penasihat jualan saya, saya sedar yang ia benar-benar berlaku. Pastinya saya sangat gembira.”

Peraduan ‘Buy & Win Toyota’ yang diadakan pada 1 Mei hingga 30 Jun lalu ini terbuka kepada pembeli model Toyota dan mendaftarkan kenderaan sebelum 30 Jun.

Selain menawarkan hadiah perjalanan ke Tokyo sebagai hadiah utama, 200 pemilik Toyota baharu turut diberi ganjaran iPhone 6 Plus

Untuk maklumat lanjut mengenai pemenang,sila layari www.toyota.com.my.

 

 

 

Diari INFO LANJUT

Sorry, no posts matched your criteria.