. <

Pengukuhan MAN di Pantai Timur

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 04 September 2015

MAN Truck and Bus Sdn Bhd (MTBM) kini mengukuhkan rangkaian pembekalnya di Malaysia dengan memetarai perjanjian dengan Minufa Automobile Sdn Bhd untuk mengedar dan manawarkan servis bagi kenderaan-kenderaan komersialnya di kawasan Pantai Timur Malaysia.

East Coast

“MAN memiliki reputasi tinggi berdasarkan ciri cekap tenaganya. Kami yakin kemudahan khidmat aftersales dan bekalan peralatan ganti asli adalah penting bagi memastikan kos operasi dan kos penjagaan kenderaan yang rendah bagi tempoh jangkamasa panjang,” Kata Hartmut Mueller, pengarah urusan MTBM.

“Perjanjian Minufa sebagai pengedar MAN 3S akan membantu kami mencapai objektif dan mengukuhkan nama kami di Pantai Timur.”

Dalam perjanjian tersebut, Minufa diumumkan sebagai rakan kongsi khidmat aftersales MAN dan bakal beroperasi  sebagai cawangan pengedar buat barisan kenderaan komersial MAN.  Pusat servis Minufa di Kuantan Pahang akan menyediakan pelbagai khidmat aftersales, penjagaan dan membekalkan peralatan ganti bagi kenderaan-kenderaan MAN.

Melalui penubuhan ibu pejabatnya di Kuantan serta beberapa pusat servis 3S di Pantai Timur dan Lembah Klang, Minufa menawarkan sokongan aftersales dan khidmat aftersales bagi kenderaan komersial, termasuklah ‘engineering bodywork’, bekalan alat ganti dan pemeriksaan kenderaan.

Pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif Minufa Global Group, Dr Sunny Chan berkata, “Penubuhan pusat-pusat servis ini membuktikan bahawa MTBM percaya kepada kemampuan Minufa sebagai rakan kongsi strategik.

“Pusat-pusat ini akan menawarkan trak-trak MAN yang sedia untuk dijual agar pelanggan di Pantai Timur mendapat solusi bagi memenuhi keperluan mereka.”