. <

Nasim buka hab mengecat di Puchong

POSTED BY Asyikin Md. Isa ON 14 July 2015

Pengedar kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd melancarkan cawangan kelima ‘Peugeot Puchong Body and Paint’ bagi tahun ini sebagai sebahagian daripada inisiatif mengembangkan perniagaan.

Ketua Pengawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George berkata, “Dengan peningkatan permintaan kenderaan Peugeot, pembukaan cawangan ini pastinya sebagai bukti komitmen kami untuk memberikan servis dan produk yang terbaik demi menjamin kepuasan pelanggan.”

Peugeot Puchong Body & Paint Centre_1

Dibina dikawasan seluas 20,000 kaki persegi, cawangan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti 16 ruang penyelenggaraan yang mampu memberikan perkhidmatan kepada hampir 80 unit kenderaan sehari, Wi-Fi percuma dan ruang menunggu yang selesa buat pelanggan.

Dibangunkan dengan kos RM2 juta, cawangan ini akan dapat menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitar Puchong seperti Aman Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Putra Heights, Bandar Bukit Puchong, Bandar Puchong Jaya, IOI Mall, Puchong Perdana, Puchong, Bandar Puteri, Saujana Puchong, Taman Kinrara dan Taman Puchong Utama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, sila layari http://www.peugeot.com.my.

 

Peugeot