. <

Lamborghini: Asterion LPI 910-4

POSTED BY Khir Wahid ON 24 May 2015

Penyertaan kali pertama di Concours d’Elegance

Lamborghini Automobili mengambil bahagian buat kali pertama di Concours d’Elegance di Villa d’Este.  Pertandingan berprestij untuk kereta klasik ini akan berlangsung pada 23 Mei di Grand Hotel Villa d’esta, dan 24 Mei di Villa Erba, Cernobbio di pantai Lake Como.

LAMBORGHINI ASTERION-0000

Lamborghini Automobili akan mempertaruhkan model Lamborghini Asterion LPI 910-4, teknologi hibrid ‘plug-in’ (PHEV) yang telah di pamerkan di Paris Auto Salon pada 2014 untuk memenangi ‘Anugerah Rekaan’ bagi konsep kenderaan dan prototaip. Anugerah ini mula di perkenalkan pada 2001 di Concours d’Elegance at Vila d’Este untuk menyambut rekaan inovatif masa depan. Asterion akan disertai atas pentas internasional Villa d’Este, oleh Filippo Perini, Ketua Centro Stile Lamborghini, yang telah mereka bentuk Asterion bersama kumpulannya.

Asterion mentakrifkan penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida melalui teknologi inovatif. Ia merangkumi sistem hibrid berprestasi tinggi melalui enjin V10 5.2 liter terletak secara membujur, bergabung dengan tiga motor elektro yang mampu menjana kuasa output maksimum 669kW (910hp). Asterion memecut dari 0-100 km/h dalam masa 3.0 saat dengan kelajuan tertinggi 320km/h. Kenderaan ini bukan sahaja melepaskan karbon dioksida yang rendah (98g/km), malah mampu bergerak dalam lingkungan 50km dengan hanya menggunakan tenaga elektrik.

Diary READ MORE

Sorry, no posts matched your criteria.