. <

Kemeriahan berganda di Karnival Glenmarie

POSTED BY Khir Wahid ON 21 May 2015

Jimat Sehingga Rm45,000

Nasim Sdn. Bhd. pengedar rasmi bagi jenama Peugeot di Malaysia, mengumumkan penganjuran Karnival Glenmarie yang menawarkan penjimatan hebat serta rebat sehingga RM45,000. Karnival ini akan berlangsung di Peugeot Glenmarie, Shah Alam mulai 23 hingga 24 Mei.

KARNIVAL GLENMARIE-0001

Semua tempahan untuk mana mana model Peugeot baru pada minggu ini akan mendapat cat perlindungan ‘tribos’ secara percuma bernilai RM2,000 atas pendaftaran yang berjaya. Selain itu, setiap tempahan juga menawarkan peluang bermain ‘Spin the Wheel’ dengan hadiah berupa TV LED 50 inci, Ipad Mini, percutian selama 3 hari 2 malam serta banyak lagi menanti para pemenang.

Nasim juga menawarkan pemilikan eksklusif seperti 0 peratus bayaran muka, 5 tahun perkhidmatan tenaga buruh percuma, 3 tahun cukai jalan percuma, kadar faedah serendah 1.88% setahun serta ‘trade-ins’. Barangan eksklusif Peugeot juga boleh didapati dengan penurunan harga sehingga 90 peratus.

Siri jelajah Nasim’s ‘Let Your Body Drive’ juga terdapat di persinggahan berikut:

  • Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya (21-24 Mei)
  • Amanjaya Mall, Sungai Petani (22-24 Mei)
  • Mydin Mall, Kuala Terengganu (28-30 Mei)
  • City Square, Johor Bahru (29-31 Mei)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.peugeot.com.my